Sunday, June 9, 2013

Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang


 LAWATAN DARI PIFWA
TARIKH
30 Mac 2013
TEMPAT
Kuala Baharu & Pink House
KEHADIRAN
ENCIK ILIAS BIN SHAFIE – Pengerusi PIFWA
AKTIVITI
Menanam bakau
  • Aktiviti bermula pada pukul 7.00 agi, PEWANIS menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar dengan menggunakan boards. Antara kepentingan yang ditekankan ialah menjadi pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan banyak lagi.
  • Waktu penanaman air tengah pasang.
  • Mereka berjaya menanam sebanyak 50 pokok bakau dan masing-masing sibuk mengambil gambar bersama untuk diabadikan dalam ingatan.
  • Kehadiran PIFWA adalah seramai 12orang sahaja untuk turut sama membantu PEWANIS berkongsi ilmu penanaman dan semaian anak benih bakau.
  • Kehadiran dari penasihat PEWANIS juga turut hadir bersama iaitu WWF-Malaysia untuk melihat cara semaian anak benih bakau, penerangan jelas telah disampaikan oleh Encik Ilias sendiri dan ahli PIFWA yang lain.
  • Sebelum acara semaian benih,PIFWA sempat berkongsi ilmu berkaitan hubungan nelayan dengan pokok bakau dimana memainkan peranan penting untuk kehidupan air dimana pokok bakau sebagai pelindung sewaktu ancaman dari haiwan yang besar,
  • PEWANIS sempat bersoal jawab dengan PIFWA dimana untuk menambahkan ilmu PEWANIS.
  • Kehadiran suami pewanis juga turut untuk belajar cara semaian anak benih bakau dan dapat dilakukan bersama ahli PIFWA.
  • Pembelajaran anak benih bakau tamat dengan makan tengahari di kuala baru.

Pada pukul 2.00 petang aktiviti demo kerepek dijalankan. Membuat kerepek pisang

  • PIFWA memulakan untuk memberikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada PEWANIS serta cenderahati untuk PEWANIS.
  • PEWANIS turut menyumbangkan kerepek pisang, Key-chain dan beg serbaguna kepada setiap ahli PIFWA yang hadir.
  • PEWANIS telah menyediakan beberapa kilogram pisang nangka putik untuk kumpulan ini.
  • Kupas kulit pisang adalah perkara pertama yang perlu dilakukan, selepas itu pisang tersebut direndam beberapa minit didalam air bagi menghilangkan getah. Kemudian dibilas dengan air dan ditoskan.
  • Selepas ditoskan, pisang tersebut disagat sebiji demi sebiji. Proses menyagat adalah proses yang paling sukar untuk dilakukan. Hanya mereka yang berkemahiran yang dibenarkan memberi tunjuk ajar kepada peserta. Hasil sagatan mestilah tidak terlalu nipis atau terlalu tebal. Ini bagi mengelakkan kerepek mudah hancur dan tidak rangup.
  • Kemudian, pisang-pisang yang telah disagat digaul sebati dengan sedikit tepung beras, garam dan air gula dan ditoskan sekali lagi agar ia melekat sekata.
  • Sementara ditoskan, minyak dipanaskan kepada suhu yang sepatutnya dan kemudian pisang-pisang tersebut digoreng sehingga berwarna keemasan.
  • Akhir sekali, selepas pisang tersebut garing, ia diangkat, ditoskan minyak selama dua minit dan disejukkan seketika di bawah angin. Selepas sejuk, maka kerepek-kerepek pisang tersebut dihidangkan kepada para peserta.
  • Mereka turut tidak melepaskan peluang dan mencuba semua proses ini dari awal sehingga akhir dan amat berpuas hati dengan hasilnya.

No comments:

Post a Comment