Monday, June 10, 2013

Bengkel Perkhidmatan Ekosistem 'Tanah Bencah Setiu'


BENGKEL PERKHIDMATAN EKOSISTEM ’’TANAH BENCAH SETIU’’
TARIKH
18 Mei 2013 (Sabtu)
WAKTU
8 pagi – 5 petang
TEMPAT
Setiu Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu
ANJURAN
WWF-Malaysia
KEHADIRAN
7 wakil dari PEWANIS
1.       Rusnita bt. Ngah
2.       Mek Kiyah bt. Yaacob
3.       Zuraina bt. Chik
4.       Nor Asiah bt. Ehsan
5.       Nor Aryanti bt. Che Mahadi
6.       Zaliha bt. Jusoh
7.       Semah bt. Ngah
AGENDA
·         Bengkel pada kali ini telah dihadiri oleh wakil daripada PEWANIS, Penarik Inn, Pandan Laut Beach Resort, SK Mangkok, dan SK Penarek.

·         Penceramah dari UMT iaitu Dr. Jamilah telah menyampaikan ceramah mengenai Ekosistem Servis dan sebelum itu, para peserta telah diberi penerangan mengenai Tanah Bencah Setiu secara amnya dan juga tayangan video Tanah Bencah Setiu.

·         Para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan  dan dibantu oleh fasilitator yang telah dilantik. Setiap kumpulan diberikan salah satu tajuk diantara hutan paya bakau, hutan gelam, sungai SCBM dan tuntung sebelum bertolak ke lokasi seterusnya.

·         Selepas minum pagi, para peserta bergerak ke Jeti Gong Batu untuk sesi penerangan untuk tajuk Hutan Paya Bakau dan Sungai SCBM oleh Suhaina (Field Biologist, WWF).

·         Selesai sahaja penerangan, peserta bergerak ke Kg. Nyatuh untuk mendengar penerangan daripada Dr. Jamilah mengenai Hutan Gelam yang dianggap tidak berguna dann berakhir di Penarik Inn untuk mendengar penerangan mengenai tuntung oleh Allim (Community Officer, WWF).

·         Pulang ke Agro Resort, para peserta berbincang mengenai tajuk yang telah diberi berdasarkan kepada kriteria yang telah dijelaskan,
a)      Kenal pasti kategori yang ditugaskan
b)      Siapa yang mendapat manfaat?
c)       Kepentingannya dan kenapa perlu dilindungi?
d)      ”Adakah perkhidmatan ekosistem akan diancam dengan perubahan dan eksplorasi alam sekitar? Terangkan jika jawapan anda YA”

·            Selepas makan dan solat, bengkel diteruskan dengan persediaan pembentangan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan laptop dan kertas mahjong. Selesai sahaja sesi pembentangan, sijil disampaikan oleh pihak penganjur.

·            Minum petang/pulang

KESIMPULAN
·         Ahli PEWANIS dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai Tanah Bencah Setiu dengan lebih terperinci serta dapat meningkatkan keyakinan dalam memberi pengucapan awam.
·         Semoga Tanah Bencah Setiu akan terus terpelihara dengan pelbagai khazanah semulajadinya.

No comments:

Post a Comment