Sunday, April 6, 2014

Mesyuarat Pertama PEWANIS untuk tahun 2014

 Bertarikh 2 Jan 2014,  perjumpaan kali pertama telah diadakan di Pink House, Kampung Mangkok dan telah dihadiri oleh penasihat teknikal Pewanis iaitu dari WWF-Malaysia. Kehadiran ahli sangat memuaskan hati. Pelbagai topik dan strategi telah dibincangkan bersama dan berharap agar tahun 2014 akan memberi sinar baru kepada Pewanis.







Wednesday, January 8, 2014

Keratan Akhbar 2013




Sinar Harian, 2013


Berita Harian, 2013


Harian Metro, 2013

Aktiviti Sepanjang Tahun 2013 Yang Telah Meninggalkan Kenangan Manis Untuk PEWANIS - Bahagian 1

Siri Roadshow yang terakhir untuk tahun 2013 yang telah berlangsung di Pasa Pagi Kampung Buluh @ Permaisuri. Kehadiran yang amat memuaskan dari ahli PEWANIS.

Rombongan dari SMK Bukit Besar dan SMK Tengku Bariah telah berkunjung Setiu Wetlands dan telah menjalankan aktiviti bersama PEWANIS. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menanam semula pokok bakau dan melawat pusat penetasan penyu WWF-Malaysia. Selebihnya, mereka menjalankan aktiviti bersama guru pengiring sebagai pelengkap program Kelab Bahasa Inggeris.
Program bersama pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Razali Ismail, Kuala Terengganu. Seramai 33 orang telah berkunjung dan telah menjalankan aktiviti menanam pokok bakau, membersihkan pantai dan membuat kerepek pisang di Pink House iaitu rumah aktiviti PEWANIS. 
Asian Youth Volunteer Program: Peserta dari program ini datang dari serata negara di Asia Tenggara dan telah menjalankan aktiviti menanam bakau, melawat Pink House dan juga membuat kerepek pisang bersama PEWANIS. Mereka juga telah dijemput untuk bersama memeriahkan sambutan Hari Raya Merdeka PEWANIS dan mereka berpeluang untuk memikmati makanan tradisi rakyat Terengganu.
PEWANIS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan telah membawa bersama anak dan keluarga. Kesemua mereka telah menginap di ISMAH Beach Resort, Pengkalan Balak. Lawatan telah berlansung selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengunjungi Hawksbill Eco-Club di Melaka dan belajar serba sedikit mengenai aktiviti kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh mereka di sana. Pewanis juga berpeluang untuk melawat Melaka Bandaraya Bersejarah dan juga ke Zoo Melaka untuk menghiburkan hati anak-anak Pewanis yang telah ikut serta.

Sesi pembentangan telah dijalankan di rumah aktiviti HEC di Pengkalan Balak, sedikit sebanyak membantu ahli PEWANIS dari pelbagai segi. Pihak Pewanis telah berjaya mempelajari cara untuk menghasilkan kraftangan dan jutaan terima kasih kepada pihak HEC kerana telah menerima kedatangan  Pewanis.


Pewanis telah mengorak satu langkah ke depan dengan menjalankan proses penyemaian anak bakau secara berkelompok. Proses pencarian telah dilaksanakan dan telah dapat mengumpul jumlah benih yang banyak. Semoga aktiviti akan terus berterusan dan akan terus dapat membekalkan anak pokok untuk aktiviti menanam semula bersama Pewanis.
Proses penyemaian anak benih di tapak nurseri PEWANI di Kuala Baru
Satu Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Rhu telah dilaksanakan pada 28 Oktober yang lepas. Projek ini adalah anjuran PEWANIS dengan kerjasama Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu dan juga WWF-Malaysia. Sebanyak 400 anak pokok rhu telah ditanam oleh murid dari SK Mangkok, SK Penarek, penduduk tempatan dan pelbagai pihak lagi.
Satu program bersama UMT, Petronas Carigali, Pewanis dan Kobera telah berjaya dilaksanakan di Kuala Setiu, Pengkalan Gelap. Program yang dinamakan 'Kami Sayang Bakau, Kami Tanam Bakau' telah menyaksikan banyak pokok bakau telah ditanam pada hari tersebut. Banyak aktiviti yang telah dilaksankan pada hari tersebut, antaranya : ceramah alam sekitar dari UMT, sesi meneroka hutan bakau, tanam semula anak bakau, aktiviti membuat kerepek pisang, bakul, atap nipah dan juga acara mencari lokan.

Barisan penggerak PEWANIS. Semoga PEWANIS akan terus bersemangat dalam menempuhi ranjau 2014 yang mendatang.