Saturday, January 28, 2012

Roadshow PEWANIS 1 : Pasar Pagi Bandar Permaisuri


KEMPEN PROMOSI PEWANIS DAN PRODUK PELANCONGAN PEWANIS
TARIKH
28 JANUARI 2012
WAKTU
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT
TAPAK PASAR PAGI BANDAR PERMAISURI
ANJURAN
Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu
AJK PROGRAM
-        Rusnita bt Ngah
-        Nor Hayati bt Hashim
-        Mek Kiyah bt Yaacob
-        Teasah bt Dahat
-        Rokiah bt Daud
-        Mazlan b Abidin
OBJEKTIF
  1. Mempromosikan PEWANIS dan produk pelancongan PEWANIS kepada komuniti di daerah Setiu.
  2. Menyebarkan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan penyu, tuntung dan bakau.
  3. Mengajak pengunjung-pengunjung mengurangkan penggunaan beg plastik di dalam kehidupan sehari-harian.
AKTIVITI
1.       Booth pameran oleh PEWANIS.
2.       Kuiz – menjawab soalan tentang PEWANIS dan plastik.
3.       Ziarah gerai ke gerai mempromosikan beg kain PEWANIS.
4.       Menggunakan beg kain PEWANIS semasa membeli barang-barang di pasar.
CABARAN
1.       Hujan – pengunjung tidak ramai.
2.       Ketiadaan Kanopi – dalam proses tempahan kanopi. Jangkaan dapat akhir bulan Februari.
KOMEN PEWANIS
·         PEWANIS membuat pameran kepada orang ramai didalam usaha menyebarkan kewujudan PEWANIS kepada umum terutamanya di daerah Setiu.
·         Disebabkan pengunjung tidak ramai, PEWANIS hanya berjaya menjual 4 paket kerepek pisang sahaja.
·         Meluaskan perniagaan PEWANIS berkenaan pakej perlancongan berteraskan pemuliharaan alam semulajadi kepada potential customers.
POST MORTEM
·         Lebihkan promosi dari gerai ke gerai, bawa risalah.
·         Perbanyakan bahan pameran seperti risalah, banner dan poster PEWANIS.
·         Buat pengumuman dari semasa ke semasa ketika program berlangsung.

Friday, January 20, 2012

Recce Universiti Sains Malaysia

Tarikh : 20 Januari 2012
Waktu : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Pink House
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : USM -  Dr Nurul Salmi, 5 Pelajar Perempuan dan 2 Pelajar Lelaki
                  PEWANIS -  Rusnita, Mek Kiyah,  Nor Hayati, Che Farizan
                  SK MANGKOK - Cikgu Sahara b. Zakaria
Objektif : 
·         Melihat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat aktiviti sepanjang 4 hari 3 malam.
·         Berbincang dengan PEWANIS aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh PEWANIS.

Laporan:
PINK HOUSE
·         Singgah di Pink House untuk berbincang program yang bakal diadakan pada bulan April. Tarikh cadangan adalah 5 April 2012 – 10 April 2012. 2 hari aktiviti bersama PEWANIS dan 2 hari aktiviti bersama pelajar SK Mangkok.
·         PEWANIS turut berpeluang menerangkan risalah dan katalog kepada Dr. Nurul dan para pelajarnya. Pengerusi PEWANIS menerangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEWANIS seperti membuat wau, membuat kerepek, menanam bakau dan lain-lain lagi.
·         PEWANIS turut menawarkan untuk menyediakan makanan dan minuman sepanjang mereka di sini dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
·         Akhir, PEWANIS bertukar-tukar alamat emel dan nombor telefon dengan pihak USM untuk urusan yang akan datang.

NURSERI BAKAU, KUALA BARU
·         Dari Pink House, rombongan bertolak ke nursery bakau PEWANIS untuk meninjau aktiviti-aktiviti luar yang boleh dilakukan bersama para pelajar, penduduk tempatan dan PEWANIS.

SK MANGKOK
·         Melawat sekitar SK Mangkok seperti bilik perpustakaan, bilik tayangan dan kawaan luar sekolah untuk mencari spot-spot yang menarik untuk diadakan aktiviti bersama pelajar.
·         Aktiviti yang dicadangkan ialah explore race, kem motivasi, kelas adobe photoshop, aktiviti memperindahkan bilik perpustakaan dan pelbagai lagi idea-idea yang menarik.

# Recce bersama PEWANIS berakhir pada pukul 6.00 petang, mereka meneruskan recce untuk melihat-lihat tempat penginapan yang sesuai. PEWANIS mencadangkan Institut Intergiti yang lebih dikenali sebagai Kem Bari oleh penduduk tempatan.

Gotong Royong Perdana PEWANIS 2012

Tarikh : 20 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Kuala Baru, Kampung Mangkok
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : 17 orang ahli PEWANIS dan keluarga
Objektif : 1)  Mencabut pokok mati akibat dari banjir
                2) Mencatat dan merekod bilangan pokok dan anak benih yang mati
                3) Membersihkan kawasan nurseri bagi projek-projek akan datang.

Laporan:
·         Aktiviti pertama bermula 8.00 pagi iaitu membersihkan kawasan sekitar nurseri idengan mengumpul pelepah-pelepah kelapa dan diletakkan setempat untuk dibawa keluar.
·         Aktiviti kedua ialah mencabut pokok bakau mati yang telah ditanam oleh pelawat-pelawat sebelum ini. Punca kematian difahamkan akibat daun terendam terlalu lama dalam air banjir. Jumlah pokok bakau mati yang direkodkan ialah sebanyak 277 batang pokok.
·         Manakala aktiviti yang terakhir adalah membersihkan kawasan di dalam kawasan nurseri bakau. Sejumlah 126 anak benih yang telah mati iaitu anak benih dua tahun lepas.
·         Gotong-royong ini berakhir kira-kira 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.







Thursday, January 19, 2012

KONVENSYEN NGO NEGERI TERENGGANU 2012

TARIKH: 
14 JANUARI 2011

WAKTU: 
8.30 PAGI – 6.00 PETANG

TEMPAT:
HOTEL PRIMULA BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU

ANJURAN: 
BIRO PENGUNDI LUAR DAN NGO, BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU

DENGAN KERJASAMA: 
AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU (APMT)

PESERTA:
Rusnita Ngah – Pengerusi
Nor Hayati Hashim – Bendahari
Suriana Wahab – Setiausaha
Mek Kiyah – Naib Bendahari
Che Farizan Che Ali – Koordinator

# dianggarkan seramai 1000 orang wakil daripada setiap NGO’s di Negeri Terengganu

ATURCARA PENTING

UCAPAN ALUAN
Oleh: YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar
Pengerusi Biro Pengundi Luar dan NGO, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
• Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO kerana menghadiri konvensyen ini.
• Merupakan konvensyen julung-julung kali diadakan di peringkat Negeri Terengganu dalam usaha menyatukan semua NGO Negeri Terengganu serta usaha menambahkan idea dan pandangan kea rah memartabatkan NGO itu sendiri.
• Bertujuan mendedahkan tentang pembangunan negara dan negeri yang telah dan sedang dilaksanakan oleh negara.
• NGO akan mendapat maklumat terkini tentang isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara supaya NGO tidak diperalatkan oleh golongan-golongan tertentu.

UCAPAN PERASMIAN
Oleh: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
• Berharap hasil konvensyen ini dapat melahirkan suatu resolusi betapa pentingnya peranan NGO dalam membantu dan menyokong usaha-usaha kerajaan bagi membangunkan rakyat dan Negeri Terengganu.
• Bersedia membantu dalam segala sudut yang termampu untuk memartabatkan seluruh NGO di Negeri Terengganu khususnya mengadakan program masing-masing.
• Berharap semua NGO dapat member kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri serta rakyat.
• Menyalurkan dana RM2 juta kepada semua NGO di Negeri Terengganu bagi pengurusan persatuan.

SESI PERTAMA: UCAPTAMA
Pengerusi Majlis: Tuan Haji Long bin Abdul Rahman
Oleh: YB Dato’ Seri Ahmad Shabery bin Cheek
Tajuk: Cara dan Hala Tuju NGO’s dalam Memperkasakan Organisasi

SESI KEDUA
Pengerusi Majlis: Encik A. Latif bin Awang
Panel: 1. Tuan Haji Ruslan bin Kassim 2. YB Dato’ Ti Lian Ker 3. Encik A. Mangaleswaran A/L Annamalai
Tajuk: Barisan Nasional dan NGO’s Juara Rakyat

HASIL
• PEWANIS berpeluang menambah networking dengan pelbagai agensi
• Bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat
• Berpeluang mengetahui isu-isu semasa dan peranan NGO di dalam memantapkan pentadbiran negara.

GAMBAR:
wakil-wakil PEWANIS, Puan Suriana, Puan Rusnita, Puan Mek Kiyah dan Puan Nor Hayati

selepas konvensyen