Saturday, January 28, 2012

Roadshow PEWANIS 1 : Pasar Pagi Bandar Permaisuri


KEMPEN PROMOSI PEWANIS DAN PRODUK PELANCONGAN PEWANIS
TARIKH
28 JANUARI 2012
WAKTU
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT
TAPAK PASAR PAGI BANDAR PERMAISURI
ANJURAN
Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu
AJK PROGRAM
-        Rusnita bt Ngah
-        Nor Hayati bt Hashim
-        Mek Kiyah bt Yaacob
-        Teasah bt Dahat
-        Rokiah bt Daud
-        Mazlan b Abidin
OBJEKTIF
  1. Mempromosikan PEWANIS dan produk pelancongan PEWANIS kepada komuniti di daerah Setiu.
  2. Menyebarkan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan penyu, tuntung dan bakau.
  3. Mengajak pengunjung-pengunjung mengurangkan penggunaan beg plastik di dalam kehidupan sehari-harian.
AKTIVITI
1.       Booth pameran oleh PEWANIS.
2.       Kuiz – menjawab soalan tentang PEWANIS dan plastik.
3.       Ziarah gerai ke gerai mempromosikan beg kain PEWANIS.
4.       Menggunakan beg kain PEWANIS semasa membeli barang-barang di pasar.
CABARAN
1.       Hujan – pengunjung tidak ramai.
2.       Ketiadaan Kanopi – dalam proses tempahan kanopi. Jangkaan dapat akhir bulan Februari.
KOMEN PEWANIS
·         PEWANIS membuat pameran kepada orang ramai didalam usaha menyebarkan kewujudan PEWANIS kepada umum terutamanya di daerah Setiu.
·         Disebabkan pengunjung tidak ramai, PEWANIS hanya berjaya menjual 4 paket kerepek pisang sahaja.
·         Meluaskan perniagaan PEWANIS berkenaan pakej perlancongan berteraskan pemuliharaan alam semulajadi kepada potential customers.
POST MORTEM
·         Lebihkan promosi dari gerai ke gerai, bawa risalah.
·         Perbanyakan bahan pameran seperti risalah, banner dan poster PEWANIS.
·         Buat pengumuman dari semasa ke semasa ketika program berlangsung.

No comments:

Post a Comment