Friday, January 20, 2012

Recce Universiti Sains Malaysia

Tarikh : 20 Januari 2012
Waktu : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Pink House
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : USM -  Dr Nurul Salmi, 5 Pelajar Perempuan dan 2 Pelajar Lelaki
                  PEWANIS -  Rusnita, Mek Kiyah,  Nor Hayati, Che Farizan
                  SK MANGKOK - Cikgu Sahara b. Zakaria
Objektif : 
·         Melihat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat aktiviti sepanjang 4 hari 3 malam.
·         Berbincang dengan PEWANIS aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh PEWANIS.

Laporan:
PINK HOUSE
·         Singgah di Pink House untuk berbincang program yang bakal diadakan pada bulan April. Tarikh cadangan adalah 5 April 2012 – 10 April 2012. 2 hari aktiviti bersama PEWANIS dan 2 hari aktiviti bersama pelajar SK Mangkok.
·         PEWANIS turut berpeluang menerangkan risalah dan katalog kepada Dr. Nurul dan para pelajarnya. Pengerusi PEWANIS menerangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEWANIS seperti membuat wau, membuat kerepek, menanam bakau dan lain-lain lagi.
·         PEWANIS turut menawarkan untuk menyediakan makanan dan minuman sepanjang mereka di sini dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
·         Akhir, PEWANIS bertukar-tukar alamat emel dan nombor telefon dengan pihak USM untuk urusan yang akan datang.

NURSERI BAKAU, KUALA BARU
·         Dari Pink House, rombongan bertolak ke nursery bakau PEWANIS untuk meninjau aktiviti-aktiviti luar yang boleh dilakukan bersama para pelajar, penduduk tempatan dan PEWANIS.

SK MANGKOK
·         Melawat sekitar SK Mangkok seperti bilik perpustakaan, bilik tayangan dan kawaan luar sekolah untuk mencari spot-spot yang menarik untuk diadakan aktiviti bersama pelajar.
·         Aktiviti yang dicadangkan ialah explore race, kem motivasi, kelas adobe photoshop, aktiviti memperindahkan bilik perpustakaan dan pelbagai lagi idea-idea yang menarik.

# Recce bersama PEWANIS berakhir pada pukul 6.00 petang, mereka meneruskan recce untuk melihat-lihat tempat penginapan yang sesuai. PEWANIS mencadangkan Institut Intergiti yang lebih dikenali sebagai Kem Bari oleh penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment