Sunday, June 19, 2011

LAWATAN DARI UMW TOYOTA MOTOR SDN BHD

TARIKH:
 18 JUN 2011

MASA: 
7.30 PAGI – 7.00 PETANG

TEMPAT:
NURSERI BAKAU-KUALA BARU, PINK HOUSE-KG MANGKOK & HATCHERI PENYU-KG PENARIK

PESERTA: 
34 KAKITANGAN TOYOTA

PENGANJUR: 
ESH DEPARTMENT, TOYOTA

AKTIVITI: 

PENANAMAN SEMULA BAKAU SEBANYAK 45 POKOK
* Pada pukul 8.00 pagi, kakitangan TOYOTA tiba di Nurseri Bakau, Kuala Baru dan disambut oleh ahli PEWANIS. Mereka beramah mesra antara satu sama lain. Selepas itu PEWANIS memperkenalkan kepada mereka Nurseri Bakau PEWANIS yang telah beropersai selama lebih kurang 4 tahun.
* Aktiviti pertama ialah mereka dibawa ke nurseri untuk pembahagian pokok anak bakau seorang satu. Mereka diajar cara memegang pokok dengan tekinik yang betul agar akar pokok tidak putus. Selepas itu, mereka diajak turun ke plot penanaman. Sebelum peserta dibenarkan menanam. Salah Seorang ahli PEWANIS menunjukkan cara-cara menanam anak pokok bakau langkah demi langkah. Peringkat ini adalah amat penting kerana ia mempengaruhi peluang jangka hayat pokok tersebut. Kebetulan pada pagi tersebut air surut sepenuhnya, maka mudahlah mereka menanam pokok. Respon daripada kakitangan ialah mereka amat teruja dengan aktiviti ini.
* Aktiviti kedua bermula pada pukul 9 pagi iaitu membersihkan sampah di kawasan pantai berhadapan dengan Nurseri Bakau. Mereka bertanding antara satu sama lain dalam mengumpul sampah paling banyak. Mereka berjaya mengumpul 10 plastik beg berisi sampah dalam masa setengah jam. Kumpulan 1 yang berjaya mengutip sampah yang paling banyak.
* Sementara menunggu waktu minum pagi pada pukul 10.30 pagi, mereka mengadakan sukaneka seperti mengisi air laut ke dalam botol menggunakan bahan-bahan yang ada di badan dan menarik pelepah kelapa. Gelak ketawa mereka mengambarkan kepuasan berada di Kg Mangkok!
* Seusainya aktiviti sukaneka, mereka dijamu dengan minuman pagi iaitu 2 kuih tempatan dan air. Mereka bertolak ke Pink House pada pukul 10.15 pagi untuk aktiviti seterusnya.

PENGENALAN KEPADA PEWANIS & DEMO KEREPEK PISANG
* Setibanya para kakitangan TOYOTA di Pink House, mereka dijemput naik ke rumah untuk slot pengenalan kepada PEWANIS pula. Puan Rusnita Ngah menceritakan tentang sejarah penubuhan PEWANIS dari awal penubuhan sehingga sekarang dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Selain itu, Puan Rusnita juga menerangkan tentang kepentingan PEWANIS terhadap komuniti tempatan. Banyak sumbangan PEWANIS telah diberikan kepada mereka.
* Seusainya pembentangan daripada PEWANIS, mereka dijemput untuk sama-sama membuat kerepek pisang secara tradisional. Sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang mengupas kulit pisang bersama-sama PEWANIS. Manakala,beberapa kakitangan yang lain mencuba menyagat pisang yang telah dikupas kulitnya dan ditoskan. Ahli PEWANIS menerangkan teknik-teknik untuk mendapatkan ketebalan pisang yang sesuai untuk menjadikan kerepek rangup dimakan.
* Selepas pisang disagat, ia dicelup didalam air gula selama 1 hingga 2 minit dan ditoskan sekali lagi. Kemudian, kepingan pisang-pisang itu digoreng didalam minyak panas. Pisang tersebut digoreng sehingga berwarna keemas-emasan dan selepas itu ia disejukkan terlebih dahulu untuk ke peringkat terakhir iaitu pembungkusan. Sebahagian daripada hasil tersebut dijamu kepada mereka. Mereka turut mencadangkan agar kerepek pisang tersebut dibuat perasa masin dan manis. PEWANIS berbesar hati dengan sumbangan idea mereka. Aktiviti ini selesai pada pukul 12.30 tengahari.Pada pukul 12.30 tengahari, mereka makan tengahari yang disediakan oleh katerer yang ditempah oleh PEWANIS.

MELAWAT BANGSAL PROSES IKAN BILIS
* Kakitangan TOYOTA dibawa ke Bangsal Pak Ya untuk melawat bagaimana ikan bilis diproses menjadi ikan bilis kering oleh Cik Che Farizan. Mereka disambut mesra oleh pengusaha ikan bilis tersebut iaitu Encik Mohd Kahar bin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Abang Har. Beliau menerangkan bagaimana ikan bilis ditangkap sehingga dijualkan kepada pemborong. Lawatan tersebut mengambil masa 1 jam dan berakhir pada pukul 3.30 petang.

MEMBUAT WAU
* Seterusnya mereka dibawa semula ke Rumah Pink untuk aktiviti membuat wau bersama Encik Mazlan Bin Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Abang Lan. Mereka diajar cara-cara membuat wau dengan menggunakan buluh Kakitangan TOYOTA dibawa ke Bangsal Pak Ya untuk melawat bagaimana ikan bilis diproses menjadi ikan bilis kering. Mereka disambut mesra oleh pengusaha ikan bilis tersebut iaitu Encik Mohd Kahar bin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Abang Har. Beliau menerangkan bagaiman ikan bilis ditangkap sehingga dijualkan kepada pemborong. Lawatan tersebut mengambil masa 1 jam dan berakhir pada pukul 3.30 petang.

MELAWAT HATCHERI PENYU
* Aktiviti terakhir, Cik Che Farizan membawa kakitangan TOYOTA melawat ke hatcheri penyu WWF yang terletak di belakang Penarik Inn. Mereka diterangkan tentang projek yang diusahakan oleh WWF-Malaysia bersama Jabatan Perikanan Terengganu iaitu pemuliharaan penyu di daerah Setiu oleh Cik Che Farizan sambil dibantu oleh Encik Adzam dan YC, pelatih industri dari UMT. Kebetulan, pada waktu tersebut anak penyu telah menetas dua sarang. Maka, mereka berluang melihat sendiri anak-anak penyu yang berjaya ditetaskan. Semoga dengan lawatan ini, mereka dapat menyebarkan kepada orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan penyu untuk generasi akan datang.

GAMBAR:
Gotong-royong membersihkan pantai