Monday, July 11, 2011

BENGKEL ASAS PERNIAGAAN DAN PEMASARAN

TARIKH:
8 Julai 2011 ( 3 petang – 5 petang) & 9 Julai 2011 ( 9 pagi – 12 tengahari)

TEMPAT:
 Rumah Pink, Kampung Mangkok

PENCERAMAH: 
Encik Abdul Rashid Anuar Bin Zakaria 
ranorizac@yahoo.com

KEHADIRAN: 
Ahli PEWANIS dan para suami.

HASIL PERBINCANGAN

MENGENALI PEWANIS DENGAN ANALISIS SWOT.

Kekuatan PEWANIS:
-terdiri daripada wanita yang memberi penuh komitmen
-wanita yang komited
-sokongan padu daripada suami
-sokongan komuniti tempatan
-khidmat sepenuh masa
-pemimpin yang kuat dan sabar
-sokongan Nestle dan WWF
-liputan antarabangsa
-ada dana / duit
-disiplin
-nilai keluarga

Kekurangan PEWANIS:
-Masa terhad (hujung minggu sahaja)
-Dana nak banyak
-Berkomunikasi
-Pengangkutan
-Pengetahuan tentang alam sekitar
-Pengenalan identity (pakaian) / ketrampilan
-IT / Komputer
-Khidmat pelanggan
-Pelapis
-Pencemaran

Peluang PEWANIS:
-Pemuliharaan
-Ekologi
-Antarabangsa (boleh mengembang)
-PEWANIS - Peta dunia
-Pelancongan – cuti-cuti Malaysia
-WWF, Nestle
-Twin city/ Bandar berkembar (kg mangkok)
-Wakil (personaliti)
-Tingkatkan pendapatan keluarga

Ancaman PEWANIS:
-Persefahaman
-WWF, Nestle tarik diri.
-Persaingan dari kg lain
-Kehabisan dana
-Pupus ahli – pelapis xada
-Bahan mentah berkurangan (pembekal)
Hala tuju PEWANIS:
-Pemuliharaan
-Meningkatkan ekonomi ahli PEWANIS dan komuniti
oPelancong tempatan dan luaran – kumpulan sasaran
oTanam semula bakau – pemuliharaan
oMelawat hatcheri Penyu – pemuliharaan
oKerepek – ekonomi
oWau – budaya
oKelip2 – pemuliharaan
oSewa kanopi – ekonomi
oKraftangan – ekonomi
oGotong – royong : bersih pantai – pemuliharaan
oMenyusuri sungai – pemuliharaan/ekonomi
oBerbasikal – ekonomi
oCandat sotong / memancing – ekonomi
oIndustri kampung – ekonomi
-Meningkatkan ekonomi ahli PEWANIS dan komuniti
oPelancong tempatan
oPelancong dari luar

PELUANG – PELUANG PEWANIS & KG MANGKOK

- BOLEH BUAT
1. Kerepek pisang
2. Kelip – kelip
3. Wau
4. Bakau
5. Memasak
6. Kuih tradisional
7. Memancing
8. Sewa kanopi
9. Beruk kelapa
10. Melawat hatcheri penyu
11. Kraftangan
12. Hasil laut
13. Candat sotong
14. Homestay
15. Cruise – sewa bot
16. Melawat ladang tembikai
17. Gotong – royong
18. Pakaian tradisional
19. Sukaneka
20. Kebudayaan

- HENDAK BUAT & SESUAI
1. Kerepek pisang
2. Kelip – kelip
3. Wau
4. Bakau
5. Sewa kanopi
6. Melawat hatcheri penyu
7. Kraftangan
8. Gotong – royong
9. Cruise – bot
10. Industri kampung

PERANCANGAN MASA SEKARANG & AKAN DATANG

Tanam semula bakau
Kelip - kelip
Kanopi
Hatcheri penyu
Candat sotong / memancing
Bersih pantai
 Menyusuri sungai
Wau
Kerepek
Berbasikal
Kraftangan
Industri kampung : Bilis, bermusim bulan 3 - 10

KOMEN
1. PEWANIS mendapat sumbangan daripada Project Orion 3 untuk membeli kanopi dan membuat stor simpanan tapi dana masih belum mencukupi.
2. Setelah brochure/pamphlet/leaflet untuk pakej PEWANIS dibuat dan siap, PEWANIS akan memperkenalkan ia kepada resort/hotel/inn yang berdekatan untuk waktu yang terdekat.
3. Meningkatkan lagi promosi mengenai pewanis melalui blog dan facebook

GAMBAR:
Encik Rashid dan PEWANIS

Monday, July 4, 2011

LAWATAN DARI APPCO SDN BHD, WWF-MALAYSIA’s FUNDRAISER

TARIKH:
 1 JULAI 2011 – 2 JULAI 2011

TEMPAT:
KG MANGKOK

PESERTA: 
7 pelawat dari APPCO SDN BHD, WWF-MALAYSIA’s FUNDRAISER

LAPORAN AKTIVITI:
JUMAAT, 1 JULAI 2011

PAGI
- Ketibaan 7 pelawat telah disambut oleh Che Farizan di Penarik Inn. Sementara menunggu waktu untuk check-in, mereka telah dibawa ke Pasar Pagi Penarik untuk melihat-lihat dan membeli belah dengan menaiki basikal yang disewa khas dari PEWANIS.
- Kebanyakkan mereka membeli buah-buahan tempatan seperti rambutan, mata kucing, durian and dokong.

PETANG
- Selepas makan tengahari, Puan Mek Kiyah, selaku Naib Bendahari PEWANIS telah membentangkan tentang sejarah dan aktiviti PEWANIS di awal penubuhan sehingga mencapai kejayaan sehingga sekarang. Pembentangan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pelawat-pelawat sambil dibantu oleh ahli PEWANIS yang lain.
- Sesi membuat kerepek pisang disusuli kemudian dengan mempelawa mereka membuat sendiri kerepek pisang. Pada mula-mulanya, mereka takut untuk mencuba, tapi lama kelamaan mereka seronok melakukannya. Mereka berjaya membuat kerepek pisang sebanyak 5kg. Aktiviti tersebut berakhir dengan makan-makan kerepek pisang yang telah mereka buat sendiri.
- Pada pukul 6 petang, mereka dibawa ke Hatcheri Penyu di Penarik Inn. Ketibaan mereka disambut oleh Adzam, iaitu pekerja hatcheri dan Shila. Shila dan Adzam bergandingan menerangkan kepentingan hatcheri dan pelbagai isu tentang penyu dan tuntung yang dipulihara oleh WWF-Malaysia.

MALAM
- Selepas makan malam di rumah Puan Rusnita, Pengerusi PEWANIS mereka dibawa ke jeti bot nelayan untuk aktiviti river cruising. Tujuan utama ialah untuk melihat kunang-kunang ataupun lebih dikenali sebagai kelip-kelip. Cuaca ketika itu amatlah sesuai kerana baru lepas hujan dan awal malam.


SABTU, 2 JULAI 2011

PAGI
- Pada sebelah pagi, mereka memulakan aktiviti dengan menanam 5 anak pokok bakau dan 5 anak pokok nipah.
- Pada pukul 9.00pagi pula mereka membersihkan kawasan sekitar nurseri. Mereka menggunakan pelepah kelapa untuk dijadikan penyapu. Ia mengimbau kembali kenang-kenangan zaman 80an dahulu.
- Kira-kira pada pukul 11.00 pagi, mereka dibawa ke Bangsal Bilis Pak Ya untuk melihat proses pengeringan ikan bilis. Kebetulan nelayan belum beroleh hasil, maka mereka tidak dapat melihat proses-proses tersebut. Akan tetapi mereka diterangkan oleh pengusaha ikan bilis iaitu Encik Kahar bagaimana ia dilakukan.
- Sekembalinya mereka ke Rumah Pink, mereka diajak berehat dan menjamu makanan tengahari.

PETANG
- Seterusnya, aktiviti pada waktu petang disusuli dengan membuat wau bersama dengan PEWANIS. Mereka dibimbing oleh pembuat wau iaitu Encik Mazlan dan dibantu oleh Encik Zul. Mereka berjaya membuat 7 buah wau yang cantik dan berwarna-warni. Selepas siap, mereka dibawa ke padang untuk aktiviti seterusnya iaitu menerbangkan wau masing-masing. Lawatan mereka berakhir pada pukul 5.30 petang selepas minum petang.