Monday, July 4, 2011

LAWATAN DARI APPCO SDN BHD, WWF-MALAYSIA’s FUNDRAISER

TARIKH:
 1 JULAI 2011 – 2 JULAI 2011

TEMPAT:
KG MANGKOK

PESERTA: 
7 pelawat dari APPCO SDN BHD, WWF-MALAYSIA’s FUNDRAISER

LAPORAN AKTIVITI:
JUMAAT, 1 JULAI 2011

PAGI
- Ketibaan 7 pelawat telah disambut oleh Che Farizan di Penarik Inn. Sementara menunggu waktu untuk check-in, mereka telah dibawa ke Pasar Pagi Penarik untuk melihat-lihat dan membeli belah dengan menaiki basikal yang disewa khas dari PEWANIS.
- Kebanyakkan mereka membeli buah-buahan tempatan seperti rambutan, mata kucing, durian and dokong.

PETANG
- Selepas makan tengahari, Puan Mek Kiyah, selaku Naib Bendahari PEWANIS telah membentangkan tentang sejarah dan aktiviti PEWANIS di awal penubuhan sehingga mencapai kejayaan sehingga sekarang. Pembentangan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pelawat-pelawat sambil dibantu oleh ahli PEWANIS yang lain.
- Sesi membuat kerepek pisang disusuli kemudian dengan mempelawa mereka membuat sendiri kerepek pisang. Pada mula-mulanya, mereka takut untuk mencuba, tapi lama kelamaan mereka seronok melakukannya. Mereka berjaya membuat kerepek pisang sebanyak 5kg. Aktiviti tersebut berakhir dengan makan-makan kerepek pisang yang telah mereka buat sendiri.
- Pada pukul 6 petang, mereka dibawa ke Hatcheri Penyu di Penarik Inn. Ketibaan mereka disambut oleh Adzam, iaitu pekerja hatcheri dan Shila. Shila dan Adzam bergandingan menerangkan kepentingan hatcheri dan pelbagai isu tentang penyu dan tuntung yang dipulihara oleh WWF-Malaysia.

MALAM
- Selepas makan malam di rumah Puan Rusnita, Pengerusi PEWANIS mereka dibawa ke jeti bot nelayan untuk aktiviti river cruising. Tujuan utama ialah untuk melihat kunang-kunang ataupun lebih dikenali sebagai kelip-kelip. Cuaca ketika itu amatlah sesuai kerana baru lepas hujan dan awal malam.


SABTU, 2 JULAI 2011

PAGI
- Pada sebelah pagi, mereka memulakan aktiviti dengan menanam 5 anak pokok bakau dan 5 anak pokok nipah.
- Pada pukul 9.00pagi pula mereka membersihkan kawasan sekitar nurseri. Mereka menggunakan pelepah kelapa untuk dijadikan penyapu. Ia mengimbau kembali kenang-kenangan zaman 80an dahulu.
- Kira-kira pada pukul 11.00 pagi, mereka dibawa ke Bangsal Bilis Pak Ya untuk melihat proses pengeringan ikan bilis. Kebetulan nelayan belum beroleh hasil, maka mereka tidak dapat melihat proses-proses tersebut. Akan tetapi mereka diterangkan oleh pengusaha ikan bilis iaitu Encik Kahar bagaimana ia dilakukan.
- Sekembalinya mereka ke Rumah Pink, mereka diajak berehat dan menjamu makanan tengahari.

PETANG
- Seterusnya, aktiviti pada waktu petang disusuli dengan membuat wau bersama dengan PEWANIS. Mereka dibimbing oleh pembuat wau iaitu Encik Mazlan dan dibantu oleh Encik Zul. Mereka berjaya membuat 7 buah wau yang cantik dan berwarna-warni. Selepas siap, mereka dibawa ke padang untuk aktiviti seterusnya iaitu menerbangkan wau masing-masing. Lawatan mereka berakhir pada pukul 5.30 petang selepas minum petang.

No comments:

Post a Comment