Saturday, April 28, 2012

LAWATAN IKIM.fm DAN DUA KUMPULAN WWF-MALAYSIA


LAWATAN IKIM.fm DAN DUA KUMPULAN WWF-MALAYSIA
TARIKH
28 APRIL 2012
TEMPAT
KAWASAN PENANAMAN POKOK BAKAU, KUALA BARU DAN PINK HOUSE, HATCHERY PENYU, PENARIK INN.
PESERTA
5 PESERTA IKIM.fm
1. ENCIK BAKAR, IKIM.fm
2. ENCIK MUHAMAD ISMAIL, IKIM.fm
3. ENCIK MOHD YUSOF, IKIM.fm
4. PUAN AZI, IKIM.fm
5. PUAN ZAWIAH, IKIM.fm

6 PESERTA WWF MALAYSIA
1. RIVER FOO
2. FAHROL LIZA JAAFAR
3. UMI RAHMAN
4. REJANI
5. ANEM OTHMAN
6. FONG

FRESHWATER TEAM
- CIK SITI FATIMAH BT MOHD ARIPIN dan 4 0rang SCM Production

PENGIRING
PEWANIS, SUAMI PEWANIS SERTA ANAK-ANAK PEWANIS
AKTIVITI
Penanaman Bakau di kuala Baru pada pukul 7.30 am hingga 9.30 am.
- Sarapan pagi di kuala baru setelah selesai pembentangan daripada wakil PEWANIS tentang kepentingan hutan paya bakau kepada peserta.
- Mereka memulakan aktiviti menanam pada pukul 8.15 pagi sambil dibantu oleh ahli PEWANIS.
- Mereka berjaya menanam 10 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 9.30 pagi.
- Pewanis telah ditemuramah oleh Team Freshwater berkisarkan tentang penubuhan PEWANIS dan aktiviti yang telah dilakukan sejak penubuhan PEWANIS.
Demo kerepek pisang dan membuat Wau di Pink House pada pukul 10.00 am hingga 2.00 pm.
- Semua peserta dijemput ke Rumah Pink untuk sesi demo kerepek.
- PEWANIS berkongsi pengalaman bersama peserta sebelum memulakan acara demo kerepek, disamping itu juga pelawat juga sempat memenuhi guest book PEWANIS.
- Peserta teruja melakukan kupas kulit pisang, menyagat pisang dan menggoreng kerepek pisang bersama PEWANIS.
- Peserta dijamu dengan kerepek pisang yang telah dihasilkannya sendiri bersama air kelapa.
- Peserta teruskan aktiviti membuat wau dan hasilnya semua wau berjaya diterbangkan dengan bantuan Encik Mazlan Abidin serta dua orang pembantu iaitu adik Muhammad Shaqiram Shazwan dan adik Mohamad Nor Asyraf.
- Pada pukul 2.00 petang peserta dijemput  untuk Makan tengahari, kelewatan disebabkan teruja membuat Wau.
- Aktiviti berakhir pada pukul 3.30 petang setelah semua Wau berjaya diterbangkan.
Lawatan ke Hatceri Penyu di Penarik Inn pada pukul 6.00 pm -7.30 pm.
- Penyertaan oleh peserta IKIM.fm, WWF Malaysia, PEWANIS dan keluarga, serta penduduk Kampung Mangkok.
- Penerangan oleh Cik Nurul berkaitan kepentingan Penyu dan Tuntung kepada kehidupan kita serta kepentingan Hatceri Penyu.
- Sesi soal jawab dilakukan untuk tambahkan lagi pengetahuan tentang penyu dan tungtung.
Jamuan Makan anjuran IKIM.fm kepada peserta yang hadir di Penarik Inn pukul 7.30 pm hingga 8.00 pm
- Penyertaan yang hadir ke Hatceri Penyu merupakan AJK PEWANIS serta penduduk Kampung Mangkok.
- PEWANIS balik buat seketika untuk sembahyang maghrib dan kembali ke Dewan Penarik Inn untuk mendengar berkaitan Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar.

Ceramah Sayangi Alam Sekitar oleh IKIM.fm di Dewan Penarik Inn pukul 8.30pm hingga 9.30pm
- Encik Bakar selaku penceramah telah memberikan kesedaran tentang alam semulajadi yang amat bernilai di muka bumi ini.
- Puan azi juga begitu semangat dalam menitikberatkan kepentingan kebersihan alam sekitar supaya jenerasi akan datang dapat mengenali khazanah laut yang cukup istimewa iaitu penyu.
- Selain itu juga pihak dari IKIM.fm telah memberikan sedikit hadiah kepada pengunjung yang hadir sebagai tanda ingatan.
KOMEN
-Penyertaan PEWANIS pada semua aktiviti yang dilakukan oleh peserta.
-Peserta semua teruja aktiviti membuat wau dan puas hati melihat semua wau dapat terbang diudara.
- Ceramah Alam Sekitar perlu sentiasa diadakan supaya perkara ini dapat dikekalkan dan diamalkan oleh penduduk kampung.
- Penyertaan dari Jawatankuasa kampung perlu dimaklumkan untuk penglibatan bersama.


Penanaman Semula Bakau.


Kerepek Pisang Panas!! 

 Membuat Wau.
 Tempat Penetasan Penyu.
 PEWANIS  menghadiri ceramah
 Staff WWF-Malaysia
 Bertempat di Penarik Inn.

Terima Kasih IKIM.fm

Friday, April 20, 2012



KEMPEN HARI BUMI
TARIKH
20 APRIL 2012, JUMAAT.
WAKTU
7.30 pagi – 5.30 petang
TEMPAT
PENARIK INN, SETIU
ANJURAN
PENARIK INN DAN TURTLE CONSERVATION SOCIETY MALAYSIA, PROF. CHAN ENG HENG
PESERTA
- WWF-MALAYSIA
- PENDUDUK KAMPUNG MANGKUK
- PERSATUAN WANITA KAMPUNG MANGKOK SETIU (PEWANIS) SERTA SUAMI PEWANIS.
OBJEKTIF
Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kebersihan bagi menjamin pemuliharaan dan keselamatan penyu di lautan dan daratan sepanjang pantai Terengganu.
AKTIVITI
Senaman Aerobik.
- Dimulakan dengan acara senaman aerobik anjuran Penarik Inn yang telah digayakan oleh Adlin dengan penuh keyakinan. Semua penyertaan berpeluh dan bertenaga selepas melakukan senaman.

Pertandingan Mewarna dan Boling Padang.
- Berkumpul di Dewan Penarik Inn untuk sama-sama menyayikan lagu Hijau yang dipopularkan oleh Zainal Abidin.
- Dipertontonkan video buat kali pertama diadaptasi dari buku ”Litle Turtle Massenger”.
- Pertandingan melukis dan mewarna untuk peserta kanak-kanak anjuran Penarik Inn.
- Pertandingan ”Bowling Padang” untuk peserta dewasa anjuran Penarik Inn. Acara bersambung selepas solat jummat dan rehat.

Menanam Pokok Ketapang
- Penanaman 45 pokok ketapang di sepanjang pantai berhampiran Penarik Inn
- Acara ini meriah dengan kehadiran penduduk Kg Mangkok.

’Recycle, Reduce, Reuse’
- Pertandingan bagi 3R ’Recycle, Reduce, Reuse’. Menggunakan barangan terpakai untuk menghasilkan kraftangan yang menarik.
-Peserta diminta membawa barangan terpakai dari rumah untuk digunakan dalam pertandingan ini.
- Beberapa barangan seperti kertas surat khabar, botol air dan sebagainya.

Penyampaian hadiah.
- Penyampaian hadiah bagi pertandingan melukis dan mewarna dimenangi oleh adik Farid, 11tahun merupakan anak ahli PEWANIS.
- Pemenang bagi acara Bowling padang pula dimenangi oleh Aisya, 17tahun merupakan anak ahli PEWANIS.
- Acara cabutan bertuah dimenangi oleh Rusnita dan Mek Kiyoh merupakan ahli PEWANIS.
- Pertandingan bagi 3R pula dimenangi oleh Kumpulan Pak Engku yang merupakan penduduk Kampung Mangkok.
- Acara di akhiri dengan laungan ”Hari Bumi

KOMEN PEWANIS
·         Penyertaan yang lebih meriah diperlukan dimasa akan datang.
·         PEWANIS perlu mencari idea untuk membuka keahlian kepada umum sebagai ahli bersekutu yang mana akan dijemput menyertai pelbagai kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEWANIS.
·         Perbanyakkan lagi aktiviti untuk semua penyertaan.

Monday, April 16, 2012

ROADSHOW 5: PASAR MALAM KAMPUNG SAUJANA, SETIU.


ROADSHOW 5: PASAR MALAM KAMPUNG SAUJANA, SETIU.
TARIKH
16 April 2012, Isnin.
MASA
5.30 PETANG –  8.00 MALAM
TEMPAT
TAPAK PASAR MALAM, CABANG TIGA KAMPUNG SAUJANA, SETIU.
PENYERTAAN
5 ORANG AHLI PEWANIS
  1. Puan Rusnita bt Ngah
  2. Puan Mek Kiyah bt Yaakob
  3. Puan Zaliha
  4. Puan Siti Rokiah bt Mohamed
  5. Puan Hamidah
PEMERHATI
4 ORANG
  1. Siti Fatimah bt Mohd Aripin – Pegawai Perhubungan Komuniti WWF-Malaysia
  2. Che Farizan bt Che Ali – Koordinator PEWANIS
  3. Nor Liza bt Mohd Rawi – Pembantu Koordinator PEWANIS
  4. Atikah bt Ramli – Pembantu Pegawai Perhubungan Komuniti WWF-Malaysia
PENGISIAN
  • Memperkenalkan produk dan aktiviti yang dilakukan oleh PEWANIS dengan mempamerkan risalah, katalog, bunting dan banner berkaitan PEWANIS.
  • Selain itu, PEWANIS turut mempamerkan produk kraftangan PEWANIS seperti lekar, bakul dan anyaman tali yang dihasilkan oleh penduduk tempatan sekitar Daerah Setiu.
AKTIVITI
  • Membuat kuiz kepada pengunjung gerai PEWANIS.
  • Mengedarkan borang soal selidik kepada para pengunjung gerai PEWANIS dan juga pengunjung pasar malam.
  • Pembahagian cenderhati bagi pengunjung yang menjawab kuiz adalah seperti berikut:
v  Kuiz: Jawapan betul 15 dan keatas mendapat beg PEWANIS
v  Jawapan betul 10 hingga 14 mendapat kerepek pisang PEWANIS
v  Jawapan 5 hingga 9 mendapat buku nota AIR
  • Peserta yang mengambil bahagian untuk menjawab kuiz dan borang soal selidik diberikan cenderahati dan diminta bergambar untuk kenang-kenangan.
KOMEN
  • Gerai PEWANIS mendapat sambutan yang memberangsangkan berdasarkan jumlah kehadiran pengunjung.
  • Mereka juga turut seronok menjawab kuiz dan soal selidik.
  • Kanak-kanak juga tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan cenderahati dari PEWANIS.
  • Selain itu, mereka berminat dengan produk-produk yang dipamerkan oleh PEWANIS.



 Usaha tangga kejayaan. Tahniah.



Friday, April 13, 2012

ROADSHOW 4: DI KG TELAGA PAPAN


ROADSHOW 3: DI KAMPUNG TELAGA PAPAN,SETIU.
TARIKH
13 April 2012, SELASA.
MASA
5.30 PETANG – 8.00 MALAM
TEMPAT
TAPAK PASAR MALAM,CABANG EMPAT KG TELAGA PAPAN,SETIU.
PENYERTAAN
4 AHLI PEWANIS
  1. Puan Rusnita bt Ngah
  2. Puan Mek Kiyah bt Yaakob
  3. Puan Nor Hayati bt Hashim
  4. Puan Siti Rokiah bt Mohamed
PEMERHATI
4 ORANG
  1. Siti Fatimah bt Mohd Aripin – Pegawai Perhubungan Komuniti WWF-Malaysia
  2. Che Farizan bt Che Ali – Koordinator PEWANIS
  3. Nor Liza bt Mohd Rawi – Pembantu Koordinator PEWANIS
  4. Atikah bt Ramli – Pembantu Pegawai Perhubungan Komuniti WWF-Malaysia
PENGISIAAN
ü  Memperkenalkan produk dan aktiviti yang dilakukan oleh PEWANIS dengan mempamerkan risalah, katalog, bunting dan banner berkaitan PEWANIS.
ü  Selain itu, PEWANIS turut mempamerkan produk kraftangan PEWANIS seperti lekar, bakul dan anyaman tali yang dihasilkan oleh penduduk tempatan sekitar Daerah Setiu.
AKTIVITI
  • Membuat kuiz secara percuma kepada pengunjung gerai PEWANIS.
  • Mengedarkan borang soal selidik kepada para pengunjung gerai PEWANIS dan juga pengunjung pasar malam.
  • Pembahagian cenderhati bagi pengunjung yang menjawab kuiz adalah seperti berikut:
v  Kuiz: Jawapan betul 15 dan keatas mendapat beg PEWANIS
v  Jawapan betul 10 hingga 14 mendapat kerepek pisang PEWANIS
v  Jawapan 5 hingga 9 mendapat buku nota AIR
v  Manakala pengunjung yang menjawab kuiz pula diberikan cenderahti. Peserta yang mengambil bahagian untuk menjawab kuiz dan borang soal selidik diberikan cenderahati dan diminta bergambar untuk kenang-kenangan.
KOMEN
  • Gerai PEWANIS mendapat sambutan yang memberangsangkan berdasarkan jumlah kehadiran pengunjung.
  • Mereka juga turut seronok menjawab kuiz dan soal selidik.
  • Selain itu, mereka berminat dengan produk-produk yang dipamerkan oleh PEWANIS.

















































Tahniah kepada  yang berjaya menjawab soalan dan kuiz



LAWATAN DARI FIONA DAN KELUARGA
TARIKH
13 April 2012, JUMAAT
MASA
8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT
KUALA BARU, RUMAH PINK, DAN PUSAT PATCHERI PENYU.
PESERTA
Keluarga Schagen:
1.      Ramon Schagen
2.      Fiona Schagen
3.      Tiera Schagen, 9 tahun
4.      Delcan Schagen, 7 tahun
PEWANIS
-RUSNITA BT NGAH
- MEK KIYAH BT YAACUB
- NOR HAYATI BT HASHIM
- SITI ROKIAH BT MOHAMED
PENTERJEMAH
- CHE FARIZAN BT CHE ALI
AKTIVITI
Penanaman Bakau
- Penanaman semula pokok bakau dimulakan pada pukul 8.30pagi dengan Pembentangan daripada wakil PEWANIS Rosnita bt Ngah dan Mek kiyoh bt Yaacub tentang kepentingan hutan paya bakau kepada komuniti tempatan, Che Farizan bt Che Ali ditugaskan sebagai penterjemah kepada keluarga Fiona dari Singapore.
- Pada mulanya anak-anak Fiona enggan turun ke nurseri bakau namun bila dipujuk oleh Ramon iaitu bapanya, Tiera dan Delcan berjaya akhirnya menanam pokok  bakau.
- Mereka berjaya menanam 6 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 9.00 pagi.
Demo kerepek pisang.
- Fiona dan keluarga dijemput ke Rumah Pink untuk melakukan aktiviti membuat kerepek pisang secara tradinasional bersama PEWANIS. Hampir semua aktiviti yang dilakukan oleh PEWANIS, anak lelakinya Delcan tidak putus asa dan teruja untuk mencuba termasuk membuang kulit pisang serta menyagat pisang dan menggoreng.  PEWANIS gembira melihat telatah anak-anak Fiona. Aktiviti berakhir pada pukul 10.00 pagi.
-PEWANIS tidak melepaskan peluang untuk sesi beramah mesra serta bergambar dengan Fiona dan keluarganya.
Lawatan Hatcheri.
- Lawatan ke Hatcheri penyu diiringi bersama PEWANIS dan penerangan dilakukan oleh Adzam merupakan pekerja Hatcheri.
- Penerangan berkaitan kepentingan hatcheri dan kaedah pengambilan telur dengan cara yang betul dilakukan.
- Fiona bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan kehidupan penyu Malaysia.
KOMEN
- PEWANIS perlu membanyakkan produk kraftangan di Pink House.
- PEWANIS gembira dengan telatah anak-anak Fiona yang menyertai aktiviti.
CADANGAN
-PEWANIS perlu berbincang terlebih dahulu jika jumlah kehadiran pelanggan kurang dari 5orang sama ada perlu diterima atau sebaliknya, ini bagi mengelak kos pengurusan PEWANIS.
- Menggalakan hasil kraftangan di Pink House.

Saturday, April 7, 2012


LAWATAN DARI PENGHUNI KEDIAMAN INDAH KEMBARA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
TARIKH
7 April 2012
TEMPAT
NURSERI BAKAU, KUALA BARU,PINK HOUSE KG MANGKOK.
PESERTA
28 PELAJAR USM
PENGIRING
2 orang kakitangan USM
PEWANIS
4 orang PEWANIS
1. Puan Rusnita Bt Ngah
2. Puan Mek Kiyah Bt Yaakob
3. Puan Nor Hayati Bt Hashim
4. Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
AKTIVITI
PENANAMAN SEMULA BAKAU
- Penerangan daripada wakil PEWANIS tentang kepentingan hutan paya bakau kepada komuniti tempatan.
- Pelajar mulakan aktiviti menanam pada pukul 8.30 pagi sambil dibantu oleh ahli PEWANIS.
- Mereka berjaya menanam 28 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Membersih kawasan pantai
- Koordinator PEWANIS Che Farizan Che Ali menerangkan aktiviti seterusnya gotong royong membersihkan pantai (bergerak sendiri) dengan mengutip sampah sarap yang NON-Nature sahaja.
- Sesi gotong royong berakhir pada pukul 10.00 pagi. Pelajar dijemput ke Pink House.

Pink House
- Setibanya para pelajar di Pink House, Puan Rusnita Ngah menyerahkan katalog dan risalah  berkaitan sejarah penubuhan serta aktiviti PEWANIS dari awal penubuhan sehingga sekarang.
- Berkongsi pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh PEWANIS sejak penubuhannya.

Demo kerepek
-Para peserta teruja membuat kerepek pisang secara tradisional bersama ahli PEWANIS dan berakhir dengan makan-makan kerepek pisang yang telah mereka buat sendiri pada pukul 12.00 tengahari. Para peserta pulang ketempat penginapan.

Membuat Wau
- Aktiviti disambung semula pada pukul 2.00petang acara membuat wau,aktiviti ini disertai seramai 29orang. Para peserta semua bersemangat menyiapkan wau masing-masing bimbingan dari Encik Mazlan  setelah siap  membuat wau para pelajar dibawa ke padang untuk menerbangkan wau masing-masing. Lawatan berakhir pada pukul 6.30 petang.