Saturday, April 28, 2012

LAWATAN IKIM.fm DAN DUA KUMPULAN WWF-MALAYSIA


LAWATAN IKIM.fm DAN DUA KUMPULAN WWF-MALAYSIA
TARIKH
28 APRIL 2012
TEMPAT
KAWASAN PENANAMAN POKOK BAKAU, KUALA BARU DAN PINK HOUSE, HATCHERY PENYU, PENARIK INN.
PESERTA
5 PESERTA IKIM.fm
1. ENCIK BAKAR, IKIM.fm
2. ENCIK MUHAMAD ISMAIL, IKIM.fm
3. ENCIK MOHD YUSOF, IKIM.fm
4. PUAN AZI, IKIM.fm
5. PUAN ZAWIAH, IKIM.fm

6 PESERTA WWF MALAYSIA
1. RIVER FOO
2. FAHROL LIZA JAAFAR
3. UMI RAHMAN
4. REJANI
5. ANEM OTHMAN
6. FONG

FRESHWATER TEAM
- CIK SITI FATIMAH BT MOHD ARIPIN dan 4 0rang SCM Production

PENGIRING
PEWANIS, SUAMI PEWANIS SERTA ANAK-ANAK PEWANIS
AKTIVITI
Penanaman Bakau di kuala Baru pada pukul 7.30 am hingga 9.30 am.
- Sarapan pagi di kuala baru setelah selesai pembentangan daripada wakil PEWANIS tentang kepentingan hutan paya bakau kepada peserta.
- Mereka memulakan aktiviti menanam pada pukul 8.15 pagi sambil dibantu oleh ahli PEWANIS.
- Mereka berjaya menanam 10 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 9.30 pagi.
- Pewanis telah ditemuramah oleh Team Freshwater berkisarkan tentang penubuhan PEWANIS dan aktiviti yang telah dilakukan sejak penubuhan PEWANIS.
Demo kerepek pisang dan membuat Wau di Pink House pada pukul 10.00 am hingga 2.00 pm.
- Semua peserta dijemput ke Rumah Pink untuk sesi demo kerepek.
- PEWANIS berkongsi pengalaman bersama peserta sebelum memulakan acara demo kerepek, disamping itu juga pelawat juga sempat memenuhi guest book PEWANIS.
- Peserta teruja melakukan kupas kulit pisang, menyagat pisang dan menggoreng kerepek pisang bersama PEWANIS.
- Peserta dijamu dengan kerepek pisang yang telah dihasilkannya sendiri bersama air kelapa.
- Peserta teruskan aktiviti membuat wau dan hasilnya semua wau berjaya diterbangkan dengan bantuan Encik Mazlan Abidin serta dua orang pembantu iaitu adik Muhammad Shaqiram Shazwan dan adik Mohamad Nor Asyraf.
- Pada pukul 2.00 petang peserta dijemput  untuk Makan tengahari, kelewatan disebabkan teruja membuat Wau.
- Aktiviti berakhir pada pukul 3.30 petang setelah semua Wau berjaya diterbangkan.
Lawatan ke Hatceri Penyu di Penarik Inn pada pukul 6.00 pm -7.30 pm.
- Penyertaan oleh peserta IKIM.fm, WWF Malaysia, PEWANIS dan keluarga, serta penduduk Kampung Mangkok.
- Penerangan oleh Cik Nurul berkaitan kepentingan Penyu dan Tuntung kepada kehidupan kita serta kepentingan Hatceri Penyu.
- Sesi soal jawab dilakukan untuk tambahkan lagi pengetahuan tentang penyu dan tungtung.
Jamuan Makan anjuran IKIM.fm kepada peserta yang hadir di Penarik Inn pukul 7.30 pm hingga 8.00 pm
- Penyertaan yang hadir ke Hatceri Penyu merupakan AJK PEWANIS serta penduduk Kampung Mangkok.
- PEWANIS balik buat seketika untuk sembahyang maghrib dan kembali ke Dewan Penarik Inn untuk mendengar berkaitan Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar.

Ceramah Sayangi Alam Sekitar oleh IKIM.fm di Dewan Penarik Inn pukul 8.30pm hingga 9.30pm
- Encik Bakar selaku penceramah telah memberikan kesedaran tentang alam semulajadi yang amat bernilai di muka bumi ini.
- Puan azi juga begitu semangat dalam menitikberatkan kepentingan kebersihan alam sekitar supaya jenerasi akan datang dapat mengenali khazanah laut yang cukup istimewa iaitu penyu.
- Selain itu juga pihak dari IKIM.fm telah memberikan sedikit hadiah kepada pengunjung yang hadir sebagai tanda ingatan.
KOMEN
-Penyertaan PEWANIS pada semua aktiviti yang dilakukan oleh peserta.
-Peserta semua teruja aktiviti membuat wau dan puas hati melihat semua wau dapat terbang diudara.
- Ceramah Alam Sekitar perlu sentiasa diadakan supaya perkara ini dapat dikekalkan dan diamalkan oleh penduduk kampung.
- Penyertaan dari Jawatankuasa kampung perlu dimaklumkan untuk penglibatan bersama.


Penanaman Semula Bakau.


Kerepek Pisang Panas!! 

 Membuat Wau.
 Tempat Penetasan Penyu.
 PEWANIS  menghadiri ceramah
 Staff WWF-Malaysia
 Bertempat di Penarik Inn.

Terima Kasih IKIM.fm

No comments:

Post a Comment