Saturday, April 7, 2012


LAWATAN DARI PENGHUNI KEDIAMAN INDAH KEMBARA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
TARIKH
7 April 2012
TEMPAT
NURSERI BAKAU, KUALA BARU,PINK HOUSE KG MANGKOK.
PESERTA
28 PELAJAR USM
PENGIRING
2 orang kakitangan USM
PEWANIS
4 orang PEWANIS
1. Puan Rusnita Bt Ngah
2. Puan Mek Kiyah Bt Yaakob
3. Puan Nor Hayati Bt Hashim
4. Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
AKTIVITI
PENANAMAN SEMULA BAKAU
- Penerangan daripada wakil PEWANIS tentang kepentingan hutan paya bakau kepada komuniti tempatan.
- Pelajar mulakan aktiviti menanam pada pukul 8.30 pagi sambil dibantu oleh ahli PEWANIS.
- Mereka berjaya menanam 28 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Membersih kawasan pantai
- Koordinator PEWANIS Che Farizan Che Ali menerangkan aktiviti seterusnya gotong royong membersihkan pantai (bergerak sendiri) dengan mengutip sampah sarap yang NON-Nature sahaja.
- Sesi gotong royong berakhir pada pukul 10.00 pagi. Pelajar dijemput ke Pink House.

Pink House
- Setibanya para pelajar di Pink House, Puan Rusnita Ngah menyerahkan katalog dan risalah  berkaitan sejarah penubuhan serta aktiviti PEWANIS dari awal penubuhan sehingga sekarang.
- Berkongsi pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh PEWANIS sejak penubuhannya.

Demo kerepek
-Para peserta teruja membuat kerepek pisang secara tradisional bersama ahli PEWANIS dan berakhir dengan makan-makan kerepek pisang yang telah mereka buat sendiri pada pukul 12.00 tengahari. Para peserta pulang ketempat penginapan.

Membuat Wau
- Aktiviti disambung semula pada pukul 2.00petang acara membuat wau,aktiviti ini disertai seramai 29orang. Para peserta semua bersemangat menyiapkan wau masing-masing bimbingan dari Encik Mazlan  setelah siap  membuat wau para pelajar dibawa ke padang untuk menerbangkan wau masing-masing. Lawatan berakhir pada pukul 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment