Friday, April 20, 2012



KEMPEN HARI BUMI
TARIKH
20 APRIL 2012, JUMAAT.
WAKTU
7.30 pagi – 5.30 petang
TEMPAT
PENARIK INN, SETIU
ANJURAN
PENARIK INN DAN TURTLE CONSERVATION SOCIETY MALAYSIA, PROF. CHAN ENG HENG
PESERTA
- WWF-MALAYSIA
- PENDUDUK KAMPUNG MANGKUK
- PERSATUAN WANITA KAMPUNG MANGKOK SETIU (PEWANIS) SERTA SUAMI PEWANIS.
OBJEKTIF
Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kebersihan bagi menjamin pemuliharaan dan keselamatan penyu di lautan dan daratan sepanjang pantai Terengganu.
AKTIVITI
Senaman Aerobik.
- Dimulakan dengan acara senaman aerobik anjuran Penarik Inn yang telah digayakan oleh Adlin dengan penuh keyakinan. Semua penyertaan berpeluh dan bertenaga selepas melakukan senaman.

Pertandingan Mewarna dan Boling Padang.
- Berkumpul di Dewan Penarik Inn untuk sama-sama menyayikan lagu Hijau yang dipopularkan oleh Zainal Abidin.
- Dipertontonkan video buat kali pertama diadaptasi dari buku ”Litle Turtle Massenger”.
- Pertandingan melukis dan mewarna untuk peserta kanak-kanak anjuran Penarik Inn.
- Pertandingan ”Bowling Padang” untuk peserta dewasa anjuran Penarik Inn. Acara bersambung selepas solat jummat dan rehat.

Menanam Pokok Ketapang
- Penanaman 45 pokok ketapang di sepanjang pantai berhampiran Penarik Inn
- Acara ini meriah dengan kehadiran penduduk Kg Mangkok.

’Recycle, Reduce, Reuse’
- Pertandingan bagi 3R ’Recycle, Reduce, Reuse’. Menggunakan barangan terpakai untuk menghasilkan kraftangan yang menarik.
-Peserta diminta membawa barangan terpakai dari rumah untuk digunakan dalam pertandingan ini.
- Beberapa barangan seperti kertas surat khabar, botol air dan sebagainya.

Penyampaian hadiah.
- Penyampaian hadiah bagi pertandingan melukis dan mewarna dimenangi oleh adik Farid, 11tahun merupakan anak ahli PEWANIS.
- Pemenang bagi acara Bowling padang pula dimenangi oleh Aisya, 17tahun merupakan anak ahli PEWANIS.
- Acara cabutan bertuah dimenangi oleh Rusnita dan Mek Kiyoh merupakan ahli PEWANIS.
- Pertandingan bagi 3R pula dimenangi oleh Kumpulan Pak Engku yang merupakan penduduk Kampung Mangkok.
- Acara di akhiri dengan laungan ”Hari Bumi

KOMEN PEWANIS
·         Penyertaan yang lebih meriah diperlukan dimasa akan datang.
·         PEWANIS perlu mencari idea untuk membuka keahlian kepada umum sebagai ahli bersekutu yang mana akan dijemput menyertai pelbagai kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEWANIS.
·         Perbanyakkan lagi aktiviti untuk semua penyertaan.

No comments:

Post a Comment