Monday, June 10, 2013

Bengkel Perkhidmatan Ekosistem 'Tanah Bencah Setiu'


BENGKEL PERKHIDMATAN EKOSISTEM ’’TANAH BENCAH SETIU’’
TARIKH
18 Mei 2013 (Sabtu)
WAKTU
8 pagi – 5 petang
TEMPAT
Setiu Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu
ANJURAN
WWF-Malaysia
KEHADIRAN
7 wakil dari PEWANIS
1.       Rusnita bt. Ngah
2.       Mek Kiyah bt. Yaacob
3.       Zuraina bt. Chik
4.       Nor Asiah bt. Ehsan
5.       Nor Aryanti bt. Che Mahadi
6.       Zaliha bt. Jusoh
7.       Semah bt. Ngah
AGENDA
·         Bengkel pada kali ini telah dihadiri oleh wakil daripada PEWANIS, Penarik Inn, Pandan Laut Beach Resort, SK Mangkok, dan SK Penarek.

·         Penceramah dari UMT iaitu Dr. Jamilah telah menyampaikan ceramah mengenai Ekosistem Servis dan sebelum itu, para peserta telah diberi penerangan mengenai Tanah Bencah Setiu secara amnya dan juga tayangan video Tanah Bencah Setiu.

·         Para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan  dan dibantu oleh fasilitator yang telah dilantik. Setiap kumpulan diberikan salah satu tajuk diantara hutan paya bakau, hutan gelam, sungai SCBM dan tuntung sebelum bertolak ke lokasi seterusnya.

·         Selepas minum pagi, para peserta bergerak ke Jeti Gong Batu untuk sesi penerangan untuk tajuk Hutan Paya Bakau dan Sungai SCBM oleh Suhaina (Field Biologist, WWF).

·         Selesai sahaja penerangan, peserta bergerak ke Kg. Nyatuh untuk mendengar penerangan daripada Dr. Jamilah mengenai Hutan Gelam yang dianggap tidak berguna dann berakhir di Penarik Inn untuk mendengar penerangan mengenai tuntung oleh Allim (Community Officer, WWF).

·         Pulang ke Agro Resort, para peserta berbincang mengenai tajuk yang telah diberi berdasarkan kepada kriteria yang telah dijelaskan,
a)      Kenal pasti kategori yang ditugaskan
b)      Siapa yang mendapat manfaat?
c)       Kepentingannya dan kenapa perlu dilindungi?
d)      ”Adakah perkhidmatan ekosistem akan diancam dengan perubahan dan eksplorasi alam sekitar? Terangkan jika jawapan anda YA”

·            Selepas makan dan solat, bengkel diteruskan dengan persediaan pembentangan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan laptop dan kertas mahjong. Selesai sahaja sesi pembentangan, sijil disampaikan oleh pihak penganjur.

·            Minum petang/pulang

KESIMPULAN
·         Ahli PEWANIS dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai Tanah Bencah Setiu dengan lebih terperinci serta dapat meningkatkan keyakinan dalam memberi pengucapan awam.
·         Semoga Tanah Bencah Setiu akan terus terpelihara dengan pelbagai khazanah semulajadinya.

Sunday, June 9, 2013

Lawatan Dari UiTM Puncak Alam, Selangor


LAWATAN DARI UiTM PUNCAK ALAM
TARIKH
27 April 2013
TEMPAT
Kuala Baru, Rumah pink, Setiu
PENYERTAAN
2 Guru pengiring
33 Pelajar
AKTIVITI
Menanam bakau
ü         Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi, PEWANIS menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar dengan menggunakan boards. Antara kepentingan yang ditekankan ialah menjadi pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan banyak lagi.
ü        Penanaman dilakukan air surut ini memudahkan proses penanaman semula bakau.
ü        Mereka berjaya menanam sebanyak 33 pokok bakau dan masing-masing sibuk mengambil gambar bersama untuk diabadikan dalam ingatan

Pembersihan Kawsan Pantai
ü            Aktiviti pembersihan bermula agak lewat dan suasana pada waktu ini amat panas dengan cuaca sekarang panas, dan pembersihan pantai dapat dilakukan dengan sempurna dan acara ini tamat pada pukul 10.30 tengahari.
ü            Aktiviti diteruskan di rumah pink dimana untuk demo kerepek pisang dimana pewanis mengajar cara-cara membuat kerepek pisang dimulai dengan merendam pisang terdahulu dan mengupas kulit kemudian menyagat pisang menggunakan sagat khas untuk mendapatkan hirisan yang nipis dan disalut dengan air gula yang telah dimasakkan kemudian digoreng dengan minyak panas. Peserta begitu teruja dapat menyaksikan sendiri cara pengahsilan kerepek pisang secara tradisonal ini.
ü          Aktiviti tamat selepas makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari.

KOMEN PEWANIS
  • Ketepatan waktu amat dititikberatkan.
  • Penglibatan PEWANIS amat dihargai
  • Perlu banyakkan kraftangan di rumah pink.

Lawatan Dari WWF-Malaysia


LAWATAN DARI WWF-MALAYSIA
TARIKH
25 – 26 April 2013
TEMPAT
Kuala Baru, Setiu dan Rumah Pink
PENYERTAAN
4 orang peserta dari WWF-Malaysia
AKTIVITI
Hari Pertama 25 April 2013.

Menanam bakau
ü       Aktiviti bermula pada pukul 5.30 petang, Penanaman dilakukan dalam keadaan air agak pasang.
ü     Mereka berjaya menanam sebanyak 6 pokok bakau dan selepas selesai peserta dari WWF-Malaysia mengambil gambar bersama untuk diabadikan dalam ingatan

Hari Kedua 26 April 2013.

ü          Aktiviti bermula pada pukul 9.30 pagi di rumah pink dimana dimulai dengan pembentangan oleh Puan Rusnita delaku Pengerusi PEWANIS untuk memberikan penerangan serba sedikit berkaitan sejarah penubuhan PEWANIS.
ü         Pada pukul 10.00 pagi aktiviti pembelajaran oleh PEWANIS bersama pihak WWF-Malaysia iaitu cara pengambilan gambar secara stabil dan cantik.
ü         Setiap ahli PEWANIS diberikan tugasan untuk mengambil setiap seorang gambar untuk diberikan penilaian oleh pihak WWF-Malaysia.
ü         PEWANIS gembira dengan hasil dan cara pembelajaran yang diajar oleh pihak WWF-Malaysia.
ü        Acara diteruskan dengan membuat wau yang diajarkan oleh suami PEWANIS. Aktiviti tamat pada pukul 3.30 petang.

KESIMPULAN
  • PEWANIS dapat mempelajari cara pengambilan gambar dan video secara stabil dan cantik.
  • Penerangan yang diberikan oleh pihak WWF-Malaysia amat terang dan jelas dan dapat diterima oleh ahli PEWANIS.
  • Pembelajaran ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan PEWANIS.