Sunday, June 9, 2013

Lawatan dari Kolej Tuanku Jaafar, Mantin




LAWATAN DARI KOLEJ TUANKU JAAFAR
TARIKH
16 Mac 2013
TEMPAT
Kuala Baharu, Pink House, Pantai Kg Mangkok
AKTIVITI
Menanam bakau
  • Aktiviti bermula pada pukul 7.00 agi, PEWANIS menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar dengan menggunakan boards. Antara kepentingan yang ditekankan ialah menjadi pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan banyak lagi.
  • Kebetulan air surut, mereka dapat menanam anak pokok bakau dengan mudah dan teruja dengan hasil tanaman mereka.
  • Mereka berjaya menanam sebanyak 40 pokok bakau dan masing-masing sibuk mengambil gambar bersama untuk diabadikan dalam ingatan.

Pada pukul 2.00 petang aktiviti demo kerepek dijalankan.
Membuat kerepek pisang
  • PEWANIS telah menyediakan beberapa kilogram pisang nangka putik untuk kumpulan ini.
  • Kupas kulit pisang adalah perkara pertama yang perlu dilakukan, selepas itu pisang tersebut direndam beberapa minit didalam air bagi menghilangkan getah. Kemudian dibilas dengan air dan ditoskan.
  • Selepas ditoskan, pisang tersebut disagat sebiji demi sebiji. Proses menyagat adalah proses yang paling sukar untuk dilakukan. Hanya mereka yang berkemahiran yang dibenarkan memberi tunjuk ajar kepada peserta. Hasil sagatan mestilah tidak terlalu nipis atau terlalu tebal. Ini bagi mengelakkan kerepek mudah hancur dan tidak rangup.
  • Kemudian, pisang-pisang yang telah disagat digaul sebati dengan sedikit tepung beras, garam dan air gula dan ditoskan sekali lagi agar ia melekat sekata.
  • Sementara ditoskan, minyak dipanaskan kepada suhu yang sepatutnya dan kemudian pisang-pisang tersebut digoreng sehingga berwarna keemasan.
  • Akhir sekali, selepas pisang tersebut garing, ia diangkat, ditoskan minyak selama dua minit dan disejukkan seketika di bawah angin. Selepas sejuk, maka kerepek-kerepek pisang tersebut dihidangkan kepada para peserta.
  • Mereka turut tidak melepaskan peluang dan mencuba semua proses ini dari awal sehingga akhir dan amat berpuas hati dengan hasilnya.

No comments:

Post a Comment