Thursday, May 3, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEWANIS



LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEWANIS
TARIKH
3-4 MEI 2012
TEMPAT
ECOCARE KERTEH, PUSAT PENERANGAN PENYU RANTAU ABANG, NOOR ARFA CRAFT COMPLEX CHENDERING, MASJID TENGKU TENGAH NURZAHIRAH, MASJID KRISTAL, DATARAN SHAH BANDAR.
PESERTA
1. Rusnita Bt Ngah, Mazlan Bin Abidin dan 6orang anak.
2. Mek Kiyah Bt Yaacub, Md Fozi Bin A.Rahman dan 6orang anak.
3. Nor Hayati Bt Hashim, Zakariah Bin Ismail dan 5orang anak.
4. Zaliha Jusoh @ Mat Ghani, Azmi Bin Ismail dan 5orang anak.
5. Rokiah Bt Daud, Che Jais Bin Sulaiman dan 4orang anak.
6. Taesah Bt Dahat dan 2orang anak.
7. Siti Rokiah Bt Mohamed, Mohd Rasib dan 5orang anak.
8. Norshahida Bt Mohamed dan 4orang anak.
9. Hamidah BtIdris, Nohd Suhaimi Seng Bin Abdullah dan 3orang anak.
10. Suriana Bt Wahab, Wan Zahari Bin Wan Fanzi dan 4orang anak.
11. Siti Nor Hasida Bt Wan Ahmad dan Siti Noranisah Bt Wan Ahmad.
PENGIRING
1. Che Farizan Bt Che Ali – Koordinator PEWANIS.
2. Nor Liza Bt Mohd Rawi- Pembantu Koordinator PEWANIS.
HARI
AKTIVITI
KHAMIS,
3 APRIL 2012
PETANG
- Keluarga dibahagikan kepada dua bahagian untuk pengangkutan bas iaitu bas Ping Encourage Sdn Bhd dan bas Mega Jaya Travel & Tours Sdn Bhd.
- Bertolak dari Kampung Mangkok Menuju Ke Rumbia Resort Villa Paka Terengganu pada pukul 6.30 petang.
MALAM
- Daftar masuk Ke Rumbia Resort Paka Terengganu Pada pukul 9.00 malam.
- Bergerak ke Mesra Mall di Kerteh untuk membeli barang keperluan.
- Balik semula ke Villa untuk makan malam dan berehat.
JUMAAT,
4 APRIL 2012
PAGI
- Sarapan pagi di Rumbia Villa dan daftar keluar pada pukul 8.30 pagi.
- Bertolak ke ecoCare di kerteh, pada pukul 8.30pagi
-  Sampai di ecoCare pada pukul 9.00pagi.
- PEWANIS disambut dengan ceria oleh sukarelawan di ecoCare dan Encik Muhammad Yazid Bin Deraman iaitu Pegawai Projek ecoCare.
- Disana PEWANIS diperkenalkan anggota sukarelawan yang dipengerusikan oleh Encik Ghalib bersama 15orang yang lain tapi yang berdaftar seramai 293 sukarelawan.
- PEWANIS semua teruja melihat paparan berkaitan penubuhan Persatuan Pencinta Alam Malyasia berkaitan projek pemuliharaan hutan paya bakau sungai Kerteh dan pusat pendidikan alam sekitar.
- PEWANIS dipertontonkan video berkaitan Nurseri Bakau dan aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan diterangkan oleh Encik Muhammad Yazid.
- Sesi soal jawab dan  bertukar-tukar pandangan antara ecoCare dan PEWANIS.
- Puan Rusnita Bt Ngah, pengerusi PEWANIS memberikan ucapan terima kasih kepada ecoCare kerana sudi menerima kehadiran PEWANIS dan keluarga.
- PEWANIS memberikan sedikit cenderahati untuk mempromosikan PEWANIS kepada ecaCare dan ecoCare juga memberikan Plak sebagai tanda penghargaan kehadiran ke ecoCare.
- PEWANIS dijemput untuk jamuan makan.
- Pada pukul 11.00 PEWANIS bertolak ke Pusat Konservasi Penerangan Penyu di Rantau Abang.
TENGAHARI
- Pada pukul 11.30 pagi PEWANIS tiba di Pusat Konservasi Penerangan Penyu Rantau Abang (TIC).
- PEWANIS disambut mesra oleh Puan Marizan Bt Mat, pekerja TIC.
- PEWANIS dipamerkan berkaitan kehidupan, sejarah berkaitan Penyu.
- Pameran berkaitan ancaman penyu amat menyentuh hati kerana sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan.
- Setelah melihat pameran berkaitan penyu, PEWANIS dipertontonkan video berkaitan kehidupan Penyu sejak bertelur dan telur menetas serta kawasan yang menjadi tumpuan penyu untuk bertelur.
- PEWANIS meninggalkan beberapa keping katalog serta risalah PEWANIS, untuk pengunjung yang datang ke TIC.
- PEWANIS bertolak menuju ke Masjid Tengku Tengah Zahirah untuk suami PEWANIS solat Jumaat.
PETANG
- Pada pukul 2.00 petang, PEWANIS dan keluarga menjamu selera di sekitar Masjid Tengku Tengah Zahirah.
- Pada Pukul 3.00 Petang, PEWANIS bertolak ke Noor Arfa Craft Complex ( NACC) di Chendering.
- PEWANIS disambut oleh Penyambut tetamu NACC dan diberikan kupon pembelian serta cabutan nombor bertuah sebagai tanda penghargaan kepada PEWANIS.
- PEWANIS bertolak ke Masjid Kristal namun hujan untuk seketika dan PEWANIS sempat untuk solat asar dan bergambar untuk kenangan.
- Pada pukul 5.00 petang PEWANIS bersetuju untuk membeli belah di Dataran Shah Bandar pada waktu yang sama ada pasar petang.
MALAM
- Tepat pukul 7.00 malam PEWANIS bertolak balik ke Kampung Mangkok.
- Pada pukul 8.30 malam PEWANIS sampai dikediaman masing-masing.
CADANGAN
- PEWANIS menerima jemputan dari ecoCare dan bersetuju melakukan aktiviti bersama ecoCare untuk masa terdekat.
- PEWANIS ingin mengadakan hari keluarga untuk masa hadapan dengan pelbagai aktiviti.