Friday, April 13, 2012


LAWATAN DARI FIONA DAN KELUARGA
TARIKH
13 April 2012, JUMAAT
MASA
8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT
KUALA BARU, RUMAH PINK, DAN PUSAT PATCHERI PENYU.
PESERTA
Keluarga Schagen:
1.      Ramon Schagen
2.      Fiona Schagen
3.      Tiera Schagen, 9 tahun
4.      Delcan Schagen, 7 tahun
PEWANIS
-RUSNITA BT NGAH
- MEK KIYAH BT YAACUB
- NOR HAYATI BT HASHIM
- SITI ROKIAH BT MOHAMED
PENTERJEMAH
- CHE FARIZAN BT CHE ALI
AKTIVITI
Penanaman Bakau
- Penanaman semula pokok bakau dimulakan pada pukul 8.30pagi dengan Pembentangan daripada wakil PEWANIS Rosnita bt Ngah dan Mek kiyoh bt Yaacub tentang kepentingan hutan paya bakau kepada komuniti tempatan, Che Farizan bt Che Ali ditugaskan sebagai penterjemah kepada keluarga Fiona dari Singapore.
- Pada mulanya anak-anak Fiona enggan turun ke nurseri bakau namun bila dipujuk oleh Ramon iaitu bapanya, Tiera dan Delcan berjaya akhirnya menanam pokok  bakau.
- Mereka berjaya menanam 6 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut berakhir pada pukul 9.00 pagi.
Demo kerepek pisang.
- Fiona dan keluarga dijemput ke Rumah Pink untuk melakukan aktiviti membuat kerepek pisang secara tradinasional bersama PEWANIS. Hampir semua aktiviti yang dilakukan oleh PEWANIS, anak lelakinya Delcan tidak putus asa dan teruja untuk mencuba termasuk membuang kulit pisang serta menyagat pisang dan menggoreng.  PEWANIS gembira melihat telatah anak-anak Fiona. Aktiviti berakhir pada pukul 10.00 pagi.
-PEWANIS tidak melepaskan peluang untuk sesi beramah mesra serta bergambar dengan Fiona dan keluarganya.
Lawatan Hatcheri.
- Lawatan ke Hatcheri penyu diiringi bersama PEWANIS dan penerangan dilakukan oleh Adzam merupakan pekerja Hatcheri.
- Penerangan berkaitan kepentingan hatcheri dan kaedah pengambilan telur dengan cara yang betul dilakukan.
- Fiona bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan kehidupan penyu Malaysia.
KOMEN
- PEWANIS perlu membanyakkan produk kraftangan di Pink House.
- PEWANIS gembira dengan telatah anak-anak Fiona yang menyertai aktiviti.
CADANGAN
-PEWANIS perlu berbincang terlebih dahulu jika jumlah kehadiran pelanggan kurang dari 5orang sama ada perlu diterima atau sebaliknya, ini bagi mengelak kos pengurusan PEWANIS.
- Menggalakan hasil kraftangan di Pink House.

No comments:

Post a Comment