Friday, January 20, 2012

Gotong Royong Perdana PEWANIS 2012

Tarikh : 20 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Kuala Baru, Kampung Mangkok
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : 17 orang ahli PEWANIS dan keluarga
Objektif : 1)  Mencabut pokok mati akibat dari banjir
                2) Mencatat dan merekod bilangan pokok dan anak benih yang mati
                3) Membersihkan kawasan nurseri bagi projek-projek akan datang.

Laporan:
·         Aktiviti pertama bermula 8.00 pagi iaitu membersihkan kawasan sekitar nurseri idengan mengumpul pelepah-pelepah kelapa dan diletakkan setempat untuk dibawa keluar.
·         Aktiviti kedua ialah mencabut pokok bakau mati yang telah ditanam oleh pelawat-pelawat sebelum ini. Punca kematian difahamkan akibat daun terendam terlalu lama dalam air banjir. Jumlah pokok bakau mati yang direkodkan ialah sebanyak 277 batang pokok.
·         Manakala aktiviti yang terakhir adalah membersihkan kawasan di dalam kawasan nurseri bakau. Sejumlah 126 anak benih yang telah mati iaitu anak benih dua tahun lepas.
·         Gotong-royong ini berakhir kira-kira 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.







No comments:

Post a Comment