| 
   
BENGKEL PERKHIDMATAN
  EKOSISTEM ’’TANAH BENCAH SETIU’’ 
 | 
 |
| 
   
TARIKH  
 | 
  
   
18
  Mei 2013 (Sabtu) 
 | 
 
| 
   
WAKTU 
 | 
  
   
8
  pagi – 5 petang 
 | 
 
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
Setiu
  Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu 
 | 
 
| 
   
ANJURAN 
 | 
  
   
WWF-Malaysia 
 | 
 
| 
   
KEHADIRAN 
 | 
  
   
7 wakil dari PEWANIS 
1.       Rusnita bt. Ngah 
2.       Mek Kiyah bt. Yaacob 
3.       Zuraina bt. Chik 
4.       Nor Asiah bt. Ehsan 
5.       Nor Aryanti bt. Che Mahadi 
6.       Zaliha bt. Jusoh 
7.       Semah bt. Ngah 
 | 
 
| 
   
AGENDA 
 | 
  
   
·        
  Bengkel pada kali ini telah dihadiri oleh wakil
  daripada PEWANIS, Penarik Inn, Pandan Laut Beach Resort, SK Mangkok, dan SK
  Penarek. 
·        
  Penceramah dari UMT iaitu Dr. Jamilah telah
  menyampaikan ceramah mengenai Ekosistem Servis dan sebelum itu, para peserta
  telah diberi penerangan mengenai Tanah Bencah Setiu secara amnya dan juga
  tayangan video Tanah Bencah Setiu. 
·        
  Para peserta telah dibahagikan kepada 4
  kumpulan  dan dibantu oleh fasilitator
  yang telah dilantik. Setiap kumpulan diberikan salah satu tajuk diantara hutan
  paya bakau, hutan gelam, sungai SCBM dan tuntung sebelum bertolak ke lokasi
  seterusnya. 
·        
  Selepas minum pagi, para peserta bergerak ke
  Jeti Gong Batu untuk sesi penerangan untuk tajuk Hutan Paya Bakau dan Sungai
  SCBM oleh Suhaina (Field Biologist, WWF).  
·        
  Selesai sahaja penerangan, peserta bergerak ke
  Kg. Nyatuh untuk mendengar penerangan daripada Dr. Jamilah mengenai Hutan Gelam
  yang dianggap tidak berguna dann berakhir di Penarik Inn untuk mendengar
  penerangan mengenai tuntung oleh Allim (Community Officer, WWF). 
·        
  Pulang ke Agro Resort, para peserta berbincang
  mengenai tajuk yang telah diberi berdasarkan kepada kriteria yang telah
  dijelaskan, 
a)     
  Kenal pasti kategori yang ditugaskan 
b)     
  Siapa yang mendapat manfaat? 
c)      
  Kepentingannya dan kenapa perlu dilindungi? 
d)     
  ”Adakah perkhidmatan ekosistem akan diancam
  dengan perubahan dan eksplorasi alam sekitar? Terangkan jika jawapan anda YA” 
·           
  Selepas makan dan solat, bengkel diteruskan dengan
  persediaan pembentangan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan laptop dan kertas
  mahjong. Selesai sahaja sesi pembentangan, sijil disampaikan oleh pihak
  penganjur. 
·           
  Minum petang/pulang 
 | 
 
| 
   
KESIMPULAN 
 | 
  
   
·        
  Ahli PEWANIS dapat meningkatkan ilmu
  pengetahuan mengenai Tanah Bencah Setiu dengan lebih terperinci serta dapat
  meningkatkan keyakinan dalam memberi pengucapan awam. 
·        
  Semoga Tanah Bencah Setiu akan terus
  terpelihara dengan pelbagai khazanah semulajadinya. 
 | 
 
Monday, June 10, 2013
Bengkel Perkhidmatan Ekosistem 'Tanah Bencah Setiu'
Sunday, June 9, 2013
Lawatan Dari UiTM Puncak Alam, Selangor
| 
   
LAWATAN DARI UiTM PUNCAK ALAM 
 | 
 |
| 
   
TARIKH 
 | 
  
   
27 April 2013 
 | 
 
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
Kuala Baru, Rumah pink, Setiu 
 | 
 
| 
   
PENYERTAAN 
 | 
  
   
2 Guru pengiring 
33 Pelajar 
 | 
 
| 
   
AKTIVITI 
 | 
 |
| 
   
Menanam bakau 
ü        
  Aktiviti bermula pada pukul 8.30
  pagi, PEWANIS menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar
  dengan menggunakan boards. Antara kepentingan yang ditekankan ialah menjadi
  pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan banyak lagi. 
ü       
  Penanaman dilakukan air surut
  ini memudahkan proses penanaman semula bakau. 
ü       
  Mereka berjaya menanam sebanyak 33
  pokok bakau dan masing-masing sibuk mengambil gambar bersama untuk diabadikan
  dalam ingatan 
Pembersihan Kawsan Pantai 
ü           
  Aktiviti pembersihan bermula
  agak lewat dan suasana pada waktu ini amat panas dengan cuaca sekarang panas,
  dan pembersihan pantai dapat dilakukan dengan sempurna dan acara ini tamat
  pada pukul 10.30 tengahari. 
ü           
  Aktiviti diteruskan di rumah
  pink dimana untuk demo kerepek pisang dimana pewanis mengajar cara-cara
  membuat kerepek pisang dimulai dengan merendam pisang terdahulu dan mengupas
  kulit kemudian menyagat pisang menggunakan sagat khas untuk mendapatkan
  hirisan yang nipis dan disalut dengan air gula yang telah dimasakkan kemudian
  digoreng dengan minyak panas. Peserta begitu teruja dapat menyaksikan sendiri
  cara pengahsilan kerepek pisang secara tradisonal ini. 
ü          Aktiviti tamat selepas makan tengahari pada
  pukul 12.30 tengahari. 
 | 
 |
| 
   
KOMEN PEWANIS 
 | 
  
  
  | 
 
Lawatan Dari WWF-Malaysia
| 
   
LAWATAN DARI WWF-MALAYSIA 
 | 
 |
| 
   
TARIKH 
 | 
  
   
25 – 26 April 2013 
 | 
 
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
Kuala Baru, Setiu dan Rumah Pink 
 | 
 
| 
   
PENYERTAAN 
 | 
  
   
4 orang peserta dari WWF-Malaysia 
 | 
 
| 
   
AKTIVITI 
 | 
 |
| 
   
Hari
  Pertama 25 April 2013. 
Menanam bakau 
ü      
  Aktiviti bermula pada pukul 5.30
  petang, Penanaman dilakukan dalam keadaan air agak pasang. 
ü    
  Mereka berjaya menanam sebanyak 6
  pokok bakau dan selepas selesai peserta dari WWF-Malaysia mengambil gambar
  bersama untuk diabadikan dalam ingatan 
Hari Kedua 26 April 2013. 
ü         
  Aktiviti bermula pada pukul 9.30
  pagi di rumah pink dimana dimulai dengan pembentangan oleh Puan Rusnita
  delaku Pengerusi PEWANIS untuk memberikan penerangan serba sedikit berkaitan
  sejarah penubuhan PEWANIS. 
ü        
  Pada pukul 10.00 pagi aktiviti
  pembelajaran oleh PEWANIS bersama pihak WWF-Malaysia iaitu cara pengambilan
  gambar secara stabil dan cantik. 
ü 
        Setiap ahli PEWANIS diberikan
  tugasan untuk mengambil setiap seorang gambar untuk diberikan penilaian oleh
  pihak WWF-Malaysia.  
ü        
  PEWANIS gembira dengan hasil dan
  cara pembelajaran yang diajar oleh pihak WWF-Malaysia. 
ü       
  Acara diteruskan dengan membuat
  wau yang diajarkan oleh suami PEWANIS. Aktiviti tamat pada pukul 3.30 petang. 
 | 
 |
| 
   
KESIMPULAN 
 | 
  
  
  | 
 
Subscribe to:
Comments (Atom)