KEMPEN PROMOSI PEWANIS DAN PRODUK
  PELANCONGAN PEWANIS 
 | 
 |
TARIKH  
 | 
  
28 JANUARI 2012 
 | 
 
WAKTU 
 | 
  
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI 
 | 
 
TEMPAT 
 | 
  
TAPAK PASAR PAGI BANDAR PERMAISURI 
 | 
 
ANJURAN 
 | 
  
Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu 
 | 
 
AJK PROGRAM  
 | 
  
-       
  Rusnita bt Ngah 
-       
  Nor Hayati bt Hashim 
-       
  Mek Kiyah bt Yaacob 
-       
  Teasah bt Dahat 
-       
  Rokiah bt Daud 
-       
  Mazlan b Abidin 
 | 
 
OBJEKTIF 
 | 
  
  | 
 
AKTIVITI 
 | 
  
1.       Booth pameran oleh PEWANIS. 
2.       Kuiz – menjawab soalan tentang PEWANIS dan plastik. 
3.       Ziarah gerai ke gerai mempromosikan beg kain PEWANIS. 
4.       Menggunakan beg kain PEWANIS semasa membeli barang-barang di
  pasar. 
 | 
 
CABARAN 
 | 
  
1.       Hujan – pengunjung tidak ramai. 
2.      
  Ketiadaan Kanopi – dalam
  proses tempahan kanopi. Jangkaan dapat akhir bulan Februari. 
 | 
 
KOMEN PEWANIS 
 | 
  
·        
  PEWANIS membuat pameran
  kepada orang ramai didalam usaha menyebarkan kewujudan PEWANIS kepada umum
  terutamanya di daerah Setiu. 
·        
  Disebabkan pengunjung tidak
  ramai, PEWANIS hanya berjaya menjual 4 paket kerepek pisang sahaja. 
·        
  Meluaskan perniagaan PEWANIS
  berkenaan pakej perlancongan berteraskan pemuliharaan alam semulajadi kepada potential customers.  
 | 
 
POST MORTEM 
 | 
  
·        
  Lebihkan promosi dari gerai
  ke gerai, bawa risalah. 
·        
  Perbanyakan bahan pameran
  seperti risalah, banner dan poster PEWANIS. 
·        
  Buat pengumuman dari semasa
  ke semasa ketika program berlangsung. 
 | 
 
Saturday, January 28, 2012
Roadshow PEWANIS 1 : Pasar Pagi Bandar Permaisuri
Friday, January 20, 2012
Recce Universiti Sains Malaysia
Tarikh : 20 Januari 2012
Waktu : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Pink House
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : USM - Dr Nurul Salmi, 5 Pelajar Perempuan dan 2 Pelajar Lelaki
· Melihat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat aktiviti sepanjang 4 hari 3 malam.
#
Recce bersama PEWANIS berakhir pada pukul 6.00 petang, mereka meneruskan recce
untuk melihat-lihat tempat penginapan yang sesuai. PEWANIS mencadangkan
Institut Intergiti yang lebih dikenali sebagai Kem Bari oleh penduduk tempatan.
Waktu : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Pink House
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : USM - Dr Nurul Salmi, 5 Pelajar Perempuan dan 2 Pelajar Lelaki
                  PEWANIS -  Rusnita, Mek Kiyah,  Nor Hayati, Che Farizan
                  SK MANGKOK - Cikgu
Sahara b. Zakaria
Objektif : · Melihat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat aktiviti sepanjang 4 hari 3 malam.
·        
Berbincang dengan PEWANIS
aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh PEWANIS.
Laporan:
PINK HOUSE
·        
Singgah di Pink House untuk
berbincang program yang bakal diadakan pada bulan April. Tarikh cadangan adalah
5 April 2012 – 10 April 2012. 2 hari aktiviti bersama PEWANIS dan 2 hari
aktiviti bersama pelajar SK Mangkok.
·        
PEWANIS turut berpeluang
menerangkan risalah dan katalog kepada Dr. Nurul dan para pelajarnya. Pengerusi
PEWANIS menerangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEWANIS seperti
membuat wau, membuat kerepek, menanam bakau dan lain-lain lagi.
·        
PEWANIS turut menawarkan untuk
menyediakan makanan dan minuman sepanjang mereka di sini dengan harga yang
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
·        
Akhir, PEWANIS bertukar-tukar
alamat emel dan nombor telefon dengan pihak USM untuk urusan yang akan datang.
NURSERI BAKAU, KUALA
BARU
·        
Dari Pink House, rombongan
bertolak ke nursery bakau PEWANIS untuk meninjau aktiviti-aktiviti luar yang
boleh dilakukan bersama para pelajar, penduduk tempatan dan PEWANIS.
SK MANGKOK
·        
Melawat sekitar SK Mangkok
seperti bilik perpustakaan, bilik tayangan dan kawaan luar sekolah untuk
mencari spot-spot yang menarik untuk diadakan aktiviti bersama pelajar.
·        
Aktiviti yang dicadangkan ialah
explore race, kem motivasi, kelas adobe photoshop, aktiviti memperindahkan
bilik perpustakaan dan pelbagai lagi idea-idea yang menarik.
Gotong Royong Perdana PEWANIS 2012
Tarikh : 20 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Kuala Baru, Kampung Mangkok
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : 17 orang ahli PEWANIS dan keluarga
Objektif : 1) Mencabut pokok mati akibat dari banjir
2) Mencatat dan merekod bilangan pokok dan anak benih yang mati
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Kuala Baru, Kampung Mangkok
Anjuran : PEWANIS
Kehadiran : 17 orang ahli PEWANIS dan keluarga
Objektif : 1) Mencabut pokok mati akibat dari banjir
2) Mencatat dan merekod bilangan pokok dan anak benih yang mati
                3) Membersihkan
kawasan nurseri bagi projek-projek akan datang.
Laporan:
·        
Aktiviti pertama bermula 8.00 pagi
iaitu membersihkan kawasan sekitar nurseri idengan mengumpul pelepah-pelepah
kelapa dan diletakkan setempat untuk dibawa keluar.
·        
Aktiviti kedua ialah mencabut
pokok bakau mati yang telah ditanam oleh pelawat-pelawat sebelum ini. Punca
kematian difahamkan akibat daun terendam terlalu lama dalam air banjir. Jumlah
pokok bakau mati yang direkodkan ialah sebanyak 277 batang pokok.
·        
Manakala aktiviti yang terakhir
adalah membersihkan kawasan di dalam kawasan nurseri bakau. Sejumlah 126 anak
benih yang telah mati iaitu anak benih dua tahun lepas.
·        
Gotong-royong ini berakhir
kira-kira 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari.
Thursday, January 19, 2012
KONVENSYEN NGO NEGERI TERENGGANU 2012
TARIKH: 
14 JANUARI 2011
WAKTU: 
8.30 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT:
HOTEL PRIMULA BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU
ANJURAN: 
BIRO PENGUNDI LUAR DAN NGO, BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU
DENGAN KERJASAMA: 
AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU (APMT)
Rusnita Ngah – Pengerusi
Nor Hayati Hashim – Bendahari
Suriana Wahab – Setiausaha
Mek Kiyah – Naib Bendahari
Che Farizan Che Ali – Koordinator 
# dianggarkan seramai 1000 orang wakil daripada setiap NGO’s di Negeri Terengganu
ATURCARA PENTING
UCAPAN ALUAN
Oleh: YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar
Pengerusi Biro Pengundi Luar dan NGO, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
• Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO kerana menghadiri konvensyen ini.
• Merupakan konvensyen julung-julung kali diadakan di peringkat Negeri Terengganu dalam usaha menyatukan semua NGO Negeri Terengganu serta usaha  menambahkan idea dan pandangan kea rah memartabatkan NGO itu sendiri.
• Bertujuan mendedahkan tentang pembangunan negara dan negeri yang telah dan sedang dilaksanakan oleh negara.
• NGO akan mendapat maklumat terkini tentang isu-isu semasa yang berlaku di seluruh negara supaya NGO tidak diperalatkan oleh golongan-golongan tertentu.
UCAPAN PERASMIAN
Oleh: YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
Menteri Besar Terengganu, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
• Berharap hasil konvensyen ini dapat melahirkan suatu resolusi betapa pentingnya peranan NGO dalam membantu dan menyokong usaha-usaha kerajaan bagi membangunkan rakyat dan Negeri Terengganu.
• Bersedia membantu dalam segala sudut yang termampu untuk memartabatkan seluruh NGO di Negeri Terengganu khususnya mengadakan program masing-masing.
• Berharap semua NGO dapat member kerjasama yang erat dengan Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri serta rakyat.
• Menyalurkan dana RM2 juta kepada semua NGO di Negeri Terengganu bagi pengurusan persatuan. 
SESI PERTAMA: UCAPTAMA
Pengerusi Majlis: Tuan Haji Long bin Abdul Rahman
Oleh: YB Dato’ Seri Ahmad Shabery bin Cheek
Tajuk: Cara dan Hala Tuju NGO’s dalam Memperkasakan Organisasi
SESI KEDUA
Pengerusi Majlis: Encik A. Latif bin Awang
Panel: 1. Tuan Haji Ruslan bin Kassim 2. YB Dato’ Ti Lian Ker 3. Encik A. Mangaleswaran A/L Annamalai
Tajuk: Barisan Nasional dan NGO’s Juara Rakyat
HASIL
• PEWANIS berpeluang menambah networking dengan pelbagai agensi
• Bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat
• Berpeluang mengetahui isu-isu semasa dan peranan NGO di dalam memantapkan pentadbiran negara.
GAMBAR:
| wakil-wakil PEWANIS, Puan Suriana, Puan Rusnita, Puan Mek Kiyah dan Puan Nor Hayati | 
| selepas konvensyen | 
Subscribe to:
Comments (Atom)