Thursday, July 4, 2013

SMK Lanchang, Pahang



Bertarikh 6 Jun 2013, seramai 30 orang guru dari SMK Lanchang, Pahang telah mengunjungi PEWANIS di Pink House, Kampung Mangkok, Setiu. Rombongan ini turut disertai oleh dua orang staff WWF-Malaysia daripada Petaling Jaya. Pihak PEWANIS memang mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Pahang ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama PEWANIS ialah aktiviti menanam bakau dan sesi bersama nelayan Kampung Mangkok yang telah diaturkan oleh PEWANIS.Sedikit penerangan mengenai PEWANIS telah dilakukan oleh Kak Dah, Timbalan Pengerusi.



Sesi penerangan sebelum mula menanam dari PEWANIS

Menanam anak nipah

Para guru menikmati hari mereka bersama PEWANIS

Sebanyak 30 pokok nipah telah ditanam oleh guru SMK Lanchang

KakTa menolong salah seorang dari guru untuk menanam nipah

Berusaha!

Sesi bersama nelayan Kampung Mangkok

Bersama nelayan

Sedikit penerangan daripada Lasal
Gambar kenangan sebelum bertolak ke Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment