Thursday, July 4, 2013

Nestle (Malaysia) Berhad




Bertarikh 21 Jun 2013, satu rombongan daripada penaja PEWANIS iaitu Nestle (M) Bhd telah datang melawat Pink House. Aktiviti bermula pada jam 10.30 malam, pihak PEWANIS telah menyediakan satu taklimat mengenai perkembangan terbaru dan juga perancangan untuk tahun mendatang. Pengerusi juga telah memperkenalkan ahli baru seramai 5 orang. 

Selesai sahaja aktiviti di Pink House, mereka telah bertolak ke Pantai Telaga Papan untuk melakukan rondaan pantai untuk melihat penyu yang naik bertelur. Namun nasib tidak menyebelahi pihak Nestle pada malam itu kerana tiada pendaratan penyu pada waktu berkenaan. Dalam pukul 1.00 pagi, kesemua mereka pulang ke hotel untuk rehat.

22 Jun 2013

Keesokan hari, seawal jam 8.30 pagi, rombongan daripada Nestle Reaching Out to Community and Kids Employee Volunteer Programme (ROCKers) dari East Coast telah sampai ke Kuala Baru untuk aktiviti penanaman bakau. Sebanyak 62 pokok anak bakau telah ditanam pada hari tersebut. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan aktiviti membuat wau bulan dan juga melihat beruk memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan kelapa muda. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengahari sesudah makan tengahari.

Pewanis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Nestle (M) Bhd datang menjenguk dan melakukan aktiviti bersama PEWANIS. Semoga Nestle akan terus menjadi penaja bagi Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu pada masa akan datang.

Aktiviti penanaman bermula


 








No comments:

Post a Comment