Monday, March 5, 2012

Lawatan dari Sekolah Antarabangsa Fairview


LAPORAN LAWATAN DARI SEKOLAH ANTARABANGSA FAIRVIEW
TARIKH
1 Mac 2012 – 2 Mac 2012
TEMPAT
Sekitar daerah Setiu dan Besut
PESERTA
134 pelawat : 122 orang pelajar dan 12 orang guru
AKTIVITI
Tarikh
Kumpulan A
Ketua : Cikgu Suntharan Muniandy
Kumpulan B
Ketua : Cikgu Kavita
1 Mac 2012
MENANAM BAKAU
·      Program menanam bermula pada pukul 8.00 pagi walaupun hujan gerimis. Sungai pun surut elok untuk menanam.
·      Pertama sekali, PEWANIS menerangkan kepentingan-kepentingan hutan paya bakau kepada para pelajar dan guru.
·      Selepas itu, PEWANIS membuat demo menanam bakau.
·      Mereka berjaya menanam 70 pokok bakau dalam masa 1 jam.

MEMBUAT KEREPEK PISANG
·      Selepas menanam, mereka menuju ke Rumah Pink untuk membuat kerepek pisang secara tradisional sambil dibantu oleh PEWANIS.
·      Mereka telah membuat demo kerepek pisang secara tradisional dengan 5 proses mudah iaitu kupas, sagat, celup, goreng dan bungkus.
·      Sebanyak 20kg pisang mentah berjaya dibuat, setelah siap hasilnya, mereka makan beramai-ramai.

MEMBUAT HATCHERI
·      12 orang pelajar dipilih untuk membantu mendirikan hatcheri penyu di belakang Penarik Inn.
·      Kumpulan A hanya mendirikan tiang hatcheri manakala bagi memasang net pula diserahkan kepada Kumpulan B untuk esok hari.

MEMBERSIHKAN PANTAI
·      Sementara itu pelajar lain membersihkan pantai di sekitar kawasan hatcheri penyu.
·      Mereka berjaya mengumpul sampah sarap seperti botol plastik, plastik pembungkus makanan dan lain-lain.

MEMBUAT WAU
·      Selepas makan tengahari , mereka menyambung aktiviti dengan membuat wau. Abg Lan membahagikan kumpulan itu kepada 6 kumpulan kecil.
·      Ini memudahkan proses tunjuk ajar untuk membuat wau.
·      Kebetulan hujan lebat, mereka tidak sempat menerbangkan wau-wau tersebut. Maka ia akan disambung keesokkan hari.
JUNGLE TREKKING
·      Seawal pukul 8 pagi Kump. B bertolak dari G Rimbun Resort  ke La Hot Springs, Ulu Besut dan sampai di sana lebih kurang pukul 9.30pagi.
·      Setibanya di sana, mereka diberi taklimat oleh ketua nature guide La Hot Springs iaitu Pak Din yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang nature guide ini.
·      Sebelum memulakan jungle trekking, mereka diperkenalkan kepada 5 orang guides semasa masuk hutan bagi membantu di dalam perjalanan dan penunjuk arah.
·      Kira-kira pukul 10.00pagi mereka memulakan jungle trekking. Check point (CP) pertama ialah Misteri Sungai Hilang, untuk sampai ke sana, peserta memanjat dan menuruni dua bukit. Pihak pengurusan hutan telah menyediakan tali untuk memudahkan aktiviti.
·      Setelah sampai di CP 1, nature guide menerangkan ia sebenarnya sebuah sungai yang mengalir dari puncak sehingga mengalir ke sungai tetapi di tengah-tengah ia hilang. Teori yang dinyatakan nature guide kemungkinan ia mengalir dibawah tanah melalui celah-celah batuan.
·      CP ke 2 ialah Gua Bahtera. Jarak perjalanan antara CP 1 ke CP 2 ialah 1.5km dan mengambil masa dalam 30 minit. Gua Bahtera mendapat nama daripada bentuk fizikal gua tersebut iaitu batuan yang berbentuk kepala kapal.
·      Selepas berehat seketika di situ, mereka terus dibawa ke CP 3 iaitu Batu Katak. Nama itu diambil dengan sempena bentuk batuan yang berbentuk seperti seekor katak. CP Batu Katak adalah CP yang terakhir bagi jungle trekking untuk kumpulan ini.
·      Seterusnya mereka dibawa turun semula ke CP permulaan. Semasa turun, mereka kena merentas sungai, meniti di atas batuan dan memanjat tebing. Perjalanan pulang mengambil masa 1 jam setengah.
·      Aktiviti terakhir sebelum pulang ialah mandi di kolam air panas dan menikmati makanan tengahari yang dibekalkan. Ia berakhir pada pukul 4.30 petang.








2 Mac 2012
# proses sama dengan kumpulan terdahulu.

JUNGLE TREKKING
·      Jungle trekking kali ini disertai 62 orang daripada Kumpulan B yang diketuai oleh Kavita.
·      Laluan untuk jungle trekking dipendekkan kepada 2 checkpoints sahaja bagi mengelakkan hujan.

MENANAM BAKAU
·      Menanam 65 pokok bakau.

MEMBUAT KEREPEK PISANG
·      20 kg pisang mentah berjaya dibuat kerepek pisang.

MEMBUAT HATCHERI
·      Memasang dan menjahit net

MEMBERSIHKAN PANTAI
·      Membersih pantai sekitar kawasan pendaratan penyu.

MEMBUAT WAU
·      Siap membuat 12 biji wau barat dan berjaya terbangkan ke udara.
KOMEN PEWANIS
·      Bantuan dari suami-suami PEWANIS diperlukan bagi menyambut kedatangan pelawat yang melebihi 60 orang
·      Layanan mesra perlu dipamerkan
·      Selepas selesai sesuatu program perlu membuat post mortem bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit.
·      Khidmat pelanggan dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment