Friday, February 24, 2012

Mesyuarat Agong PEWANIS Kali Kedua


MESYUARAT AGONG PEWANIS KALI KEDUA SESI 2012
TARIKH
24 FEB 2012
HARI
JUMAAT
MASA
9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
TEMPAT
DEWAN SERAMBI, SUTRA BEACH RESORT
KEHADIRAN

PENASIHAT
1. Encik River Foo
2. Encik Mazlan Bin Abidin
3. Encik Sahara Bin Zakaria

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Encik Zakariah Bin Ismail

AHLI BIASA
1. Puan Rusnita Bt Ngah
2. Puan Hamidah Bt Idris
3. Puan Noor Hayati Bt Hashim
4. Puan Mek Kiyah Bt Yaacob
6. Puan Suriana Bt Wahab
7. Puan Rokiah Bt Daud
8. Puan Zaliha Bt Jusoh
9. Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
10. Puan Nor Shahida Bt Mohd
11. Cik Siti Nor Hasida Bt Wan Ahmad

AHLI BERSEKUTU
1. Encik Jais Bin Sulaiman
2. Encik Wan Zahari Bin Awang
3. Encik Ramli Bin Chik
4. Encik Azmi Bin Ismail
5. Encik Mohd Rasib Bin Yaacob
6. Encik Md. Fozi Bin A. Rahman
7. Cik Che Farizan Bt Che Ali
8. Cik Siti Fatimah Bt Mohd Aripin

LAPORAN MINIT MESYUARAT
1.0 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT

Pengerusi PEWANIS, Puan Rusnita Bt Ngah mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera kepada ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agong kali kedua. Beliau turut memaklumkan bahawa majlis pada pagi ini amat sesuai sekali kerana semua ahli dapat bertemu diantara satu sama lain serta mendapat maklum balas mengenai aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun 2011. Beliau menyeru ahli-ahli persatuan agar dapat menyumbangkan tenaga kerja yang dapat diingati sampai bila-bila serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap Mesyuarat Agong pada pagi tersebut dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Selain itu, beliau menyeru para ahli agar dapat melaksanakan program-program yang dianjurkan persatuan dengan baik. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Pengelola Mesyuarat Agong atas usaha mereka bagi menjayakan program ini, dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong Kali Kedua, Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu.

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGONG PERTAMA

Minit Mesyuarat Agong Pertama, yang telah diadakan di Dewan Penarik Inn, Penarik, Setiu, Terengganu pada 18 Februari 2011 telah dicadangkan sah terima oleh Encik River Foo dan disokong oleh Puan Hamidah Bt Idris. Antara perkara berbangkit yang disentuh dalam mesyuarat ini ialah Hari Keluarga PEWANIS. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menunda hari keluarga ini pada bulan Mac atau Jun 2012. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan minit mesyuarat yang lepas tanpa sebarang pindaan.

3.0 MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2011

Pengerusi bagi sesi 2010/2011, Puan Rusnita Binti Ngah telah membentangkan Laporan Tahunan 2011. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun 2011 ialah berkaitan eko pelancongan PEWANIS, temubual dan dokumentari, pameran, kempen dan ekspo, bengkel dan kursus, lawatan sambil belajar, dan sambutan perayaan. Laporan telah dicadang terima oleh Puan Nor Hayati Binti Hashim serta disokong oleh Puan Siti Rokiah Binti Mohamed. Majlis bersetuju sebulat suara.

4.0 MENERIMA DAN MELULUSKAN KIRA-KIRA KEWANGAN TAHUNAN 2011

Penyata Kira-kira Kewangan Tahun 2011 berdasarkan tahun berakhir 31 Disember 2012 telah dibentangkan oleh bendahari, Puan Nor Hayati Bt Hashim. Bendahari menyatakan pendapatan persatuan ialah RM15, 521.20, manakala perbelanjaan sebanyak RM4524.50 dan baki sebanyak RM10, 996.70. Penyata kira-kira tersebut telah dibahaskan serta soalan-soalan dapat dijawab oleh Bendahari dengan jelas.Penyata kira-kira dicadang terima oleh Encik Zakariah Bin Ismail dan disokong oleh Puan Suriana Binti Wahab. Majlis bersetuju dengan sebulat suara.

5.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2010/2011

Majlis telah membubarkan ahli jawatankuasa bagi sesi 2010/2011  dan ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. Perlantikan ahli jawatankuasa baru terus diadakan.

6.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU BAGI SESI 2012/2013

Perlantikan semula ahli jawantankuasa bagi sesi 2012/2013 menggunakan kaedah bilangan undi secara mengangkat tangan dan keputusan undian adalah seperti berikut:-

6.1 PENGERUSI – Puan Rusnita bt. Ngah
Cadangan – Encik Sahara bin Zakaria
Disokong – Majoriti
Cadangan ditutup : Puan Mek Kiyah Bt Ya’acob
Cadangan disokong : Majoriti

6.2 NAIB PENGERUSI – Puan Hamidah bt. Idris
Cadangan – Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong – Puan Suriana Binti Wahab
Cadangan ditutup : Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
Disokong : Puan Nor Hayati Bt Hashim

6.3 BENDAHARI – Puan Mek Kiyah Binti Ya’acob
Cadangan – Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong – Puan Hamidah Bt Idris
Cadangan ditutup : Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
Disokong : Puan Nor Hayati Bt Hashim

6.4 SETIAUSAHA – Puan Nor Hayati Binti Hashim
Cadangan – Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong – Majoriti
Cadangan ditutup : Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
Disokong : Majoriti

6.5 ENAM (6) AHLI JAWATANKUASA –
1. Rokiah Binti Daud
2. Siti Rokiah Binti Mohamed
3. Zaliha Binti Jusoh @ Mat Ghani
4. Fatimah Binti Ngah
5. Nor Shahida Binti Mohamed
6. Siti Nor Hasida Binti Wan Ahmad
Cadangan – Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong – Majoriti
Cadangan ditutup : Puan Nor Hayati Bt Hashim
Disokong : Majoriti

7.0 MEMBINCANGKAN UNDANG-UNDANG TUBUH

7.1 YURAN AHLI
Dalam perbincangan ini, semua ahli majlis mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan yuran keahlian dan tahunan dikekalkan sebanyak RM10.00, manakala yuran masuk dikurangkan daripada RM20.00 kepada RM10.00.Ini bermakna setiap ahli baru harus membayar RM20.00 dimana RM10 untuk yuran keahlian dan RM10.00 untuk yuran masuk.

7.2 TANDATANGAN BAGI PENGELUARAN WANG DI BANK
Dalam perbincangan undang-undang tubuh ini juga semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengekalkan tiga (3) orang untuk keperluan tanda tangan bagi pengeluaran duit di bank. Tandatangan yang digunakan ialah pemgerusi, setiausaha dan bendahari.

8.0 MEMBENTANGKAN DAN MEMBINCANGKAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN 2012

8.1 LAWATAN DARI SEKOLAH ANTARABANGSA FAIRVIEW
Lawatan dari Sekolah Antarabangsa Fairview ialah pada 29 Feb-3 Mac 2012 ini. Seramai 120 orang dijangka akan hadir bagi menjalankan aktiviti-aktiviti eko pelancongan bersama PEWANIS seperti menanam bakau, membuat kerepek, jungle trekking, dan membina hatcheri. PEWANIS meminta para suami bergotong royong menolong mereka bagi melancarkan perjalanan program ini.

8.2 ROADSHOW DI PASAR PAGI KG. RAHMAT
Roadshow ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari jumaat, 16hb Mac 2012. Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya ialah promosi PEWANIS dan produk pelancongan PEWANIS, pameran risalah dan katalog, pameran bunting dan banner, kuiz berkenaan alam sekitar dan kempen kurangkan penggunaan plastik. Diharap roadshow yang akan diadakan ini agar mendapat sambutan dan sokongan dari pengunjung Pasar pagi Kg. Rahmat.

8.3 SAGUHATI PENGHARGAAN KECEMERLANGAN PELAJAR SK MANGKOK dan ANAK-ANAK PEWANIS
Hasil perbincangan semua ahli mesyuarat telah mengambil kata sepakat untuk memberi saguhati kepada semua pelajar Kg.Mangkok yang cemerlang UPSR. Manakala bagi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM hanya diberikan kepada anak-anak PEWANIS yang mendapat A di dalam peperiksaan.

8.4 LAWATAN DARI SK SRI KDU DAMANSARA: PEMILIHAN RUMAH UNTUK DI CAT
Antara rumah yang tersenarai untuk dipilih sebelum ini ialah rumah Nor Sahida bt Mohamed, rumah Mak Ngah Jaroh, dan rumah Mak Teh Nilam. Tetapi Nor Shahida tidak bersetuju kerana rumahnya tidak sesuai untuk dicat. Maka, rumah-rumah yang terpilih ialah rumah kepunyaan Mak Ngah Jarah, Pak Muda Embong dan Mak Teh Nilam. Rumah tersebut akan dicat pada bahagian papan sahaja.

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 KANOPI
Ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk menetapkan harga bagi sewaan 1 set kanopi besar (ukuran 20”x20”) sebanyak RM200, manakala harga sewaan 1 set kanopi kecil (ukuran 10”x10”) ialah RM50. Sewaan 1 set kanopi besar termasuklah 1 kanopi, 4 buah meja, dan 50 buah kerusi. Manakala sewaan kanopi kecil pula termasuk 1 kanopi, 2 buah meja, dan jumlah kerusi bergantung kepada jumlah kerusi yang akan disewa. Semua ahli mesyuarat juga telah bersetuju menetapkan hasil sewaan kanopi dibahagi dua antara tabung PEWANIS dan upah pemasangan termasuk kos penghantaran. Bagi kos penghantaran kanopi di luar Kg Mangkok pula bergantung kepada jarak dan tempat, dimana harga boleh dirunding dengan PEWANIS.

9.2 PAPAN TANDA PINK HOUSE
Puan Rusnita Binti Ngah selaku pengerusi PEWANIS telah mengutarakan cadangan untuk membina satu papan tanda di hadapan Rumah Pink. Tujuan papan tanda ini untuk memudahkan pengunjung-pengunjung datang ke Pink House dan salah satu bentuk promosi PEWANIS kepada orang luar. Cadangan diterima oleh Encik River Foo selaku penasihat dan disokong sebulat suara. Ia akan dibuat dalam masa yang terdekat.

10.0 SESI BERSAMA WWF-Malaysia

10.1 ISU PENGGALIAN KUALA
Encik River Foo ada menyentuh isu gali kuala dimana mungkin akan mendatangkan kesan positif atau negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat. Walaubagaimanapun WWF akan menjalankan penyelidikan dan kajian bagi memastikan kegiatan ini tidak akan meninggalkan impak yang negatif terhadap alam sekitar serta penduduk setempat.

10.2 PENGGUNAAN TANAH DI KUALA BARU
Encik River Foo juga ada menyatakan tentang isu tanah di Kuala baru. Beliau bercadang untuk berhubung dengan pejabat tanah bertujuan meminta kebenaran menggunakan tanah tanpa mengubah apa-apa pada kawasan tersebut.Beliau juga menyatakan agar PEWANIS dapat memaklumkan hal tersebut kepada ketua kampung Kg. Mangkok.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pengurusan serta ahli-ahli persatuan kerana telah mengadakan Mesyuarat Agong kali kedua ini dengan jayanya. Beliau sekali lagi memohon kerjasama para ahli agar dapat memberi kerjasama serta melibatkan diri dalam semua program anjuran persatuan ini. Kepada semua ahli-ahli persatuan, beliau menyeru agar memberi kerjasama yang erat serta sumbangan khidmat yang cemerlang dalam sebarang aktiviti-aktiviti dan kebajikan demi mempertingkatkan lagi imej persatuan. Seterusnya beliau menangguhkan Mesyuarat Agong Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu kali kedua. Majlis bersurai jam 12.30 tengahari.

No comments:

Post a Comment