Saturday, February 18, 2012

Lawatan Kelab Leo, Universiti AIMST


LAPORAN LAWATAN DARI KELAB LEO, UNIVERSITI AIMST
TARIKH
18 Februari 2012 – 19 Februari 2012
TEMPAT
Kuala Baharu, Pink House, Pantai Kg Mangkok
PENGIRING
1 PEGAWAI PERHUBUNGAN PELAJAR
Mr S.Balan
016 – 491 2661
PESERTA
Ketua Program
·         Wong Tze Cheng
Ahli Kelab Leo
·         30 orang pelajar
AKTIVITI
18 Feb 2012
Menanam bakau
  • Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi, PEWANIS menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar dengan menggunakan boards. Antara kepentingan yang ditekankan ialah menjadi pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan banyak lagi.
  • Kebetulan air surut, mereka dapat menanam anak pokok bakau dengan mudah dan teruja dengan hasil tanaman mereka.
  • Mereka berjaya menanam sebanyak 30 pokok bakau dan masing-masing sibuk mengambil gambar bersama untuk diabadikan dalam ingatan.
Membersihkan pantai
  • Selesai menanam, mereka menuju ke pantai di sekitar Kuala Baharu untuk program membersihkan pantai. Sebelum aktiviti tersebut bermula, mereka diberi taklimat tentang kepentingan membersihkan kawasan pantai terutamanya untuk kelangsungan hidup penyu.
  • Mereka turut diterangkan tentang kategori sampah yang perlu dikutip seperti kaca, botol plastik dan beg plastik yang mana buatan manusia sementara yang semulajadi dibiarkan.
  • Setelah sejam mengutip sampah, mereka berjaya mengumpul dua beg plastik besar sampah.
Membuat kerepek pisang
  • Selesai membersihkan pantai, mereka bertolak ke Pink House untuk aktiviti seterusnya iaitu membuat kerepek pisnag secara tradisional. PEWANIS telah menyediakan beberapa kilogram pisang nangka putik untuk kumpulan ini.
  • Kupas kulit pisang adalah perkara pertama yang perlu dilakukan, selepas itu pisang tersebut direndam beberapa minit didalam air bagi menghilangkan getah. Kemudian dibilas dengan air dan ditoskan.
  • Selepas ditoskan, pisang tersebut disagat sebiji demi sebiji. Proses menyagat adalah proses yang paling sukar untuk dilakukan. Hanya mereka yang berkemahiran yang dibenarkan memberi tunjuk ajar kepada peserta. Hasil sagatan mestilah tidak terlalu nipis atau terlalu tebal. Ini bagi mengelakkan kerepek mudah hancur dan tidak rangup.
  • Kemudian, pisang-pisang yang telah disagat digaul sebati dengan sedikit tepung beras, garam dan air gula dan ditoskan sekali lagi agar ia melekat sekata.
  • Sementara ditoskan, minyak dipanaskan kepada suhu yang sepatutnya dan kemudian pisang-pisang tersebut digoreng sehingga berwarna keemasan.
  • Akhir sekali, selepas pisang tersebut garing, ia diangkat, ditoskan minyak selama dua minit dan disejukkan seketika di bawah angin. Selepas sejuk, maka kerepek-kerepek pisang tersebut dihidangkan kepada para peserta.
  • Mereka turut tidak melepaskan peluang dan mencuba semua proses ini dari awal sehingga akhir dan amat berpuas hati dengan hasilnya.
Aktiviti bersama komuniti
  • Pada petang pula, aktiviti mereka ialah bersama anak-anak Kampung Mangkok. Pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan oleh mereka seperti melukis poster, menyanyi dan sebagainya.
19 Feb 2012
Membuat wau
  • Aktiviti wau dimulakn pada pukul 8.30 pagi. Abang Lan memberi taklimat ringkas tentang cara-cara membuat wau satu persatu. Slot pertama ialah membuat rangka wau dengan mengunakan buluh yang disediakan dan perlu diikat di setiap bucu rangka.
  • Pada slot kedua pula, para peserta perlu menampal kertas di rangka wau. Tampalan kertas adalah mengikut kreativiti masing-masing sambil diberi tunjuk ajar oleh ahli PEWANIS.
  • Selepas siap, mereka diajar cara mengikat teraju di badan wau. Teraju perlu diikat dengan teliti kerana ia adalah salah satu faktor penting bagi menentukan sesebuah wau itu boleh diterbangkan atau tidak.
  • Setiap wau yang telah diikat dengan teraju diberikan selingkar tali. Selepas itu para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing di dalam menerbangkan wau. Ada terbang dan ada juga tidak.
  • Program tersebut berakhir pada pukul 2.00 petang. Masing-masing berpuas hati dan membawa pulang wau dengan gembiranya.

No comments:

Post a Comment