Saturday, February 11, 2012

Recce Fairview Intenational School


LAPORAN RECCE FAIRVIEW INTERNATIONAL SCHOOL
TARIKH
11 Februari 2012 sehingga 12 Februari 2012
KEHADIRAN
FAIRVIEW:
1.       Kavita
2.       Suntharan Muniandy

PEWANIS:
1.       Rusnita bt Ngah – Pengerusi
2.       Siti Rokiah bt Mohamed – AJK
3.       Nor Hayati bt Hashim – Bendahari
4.       Che Farizan bt Che Ali – Koordinator
5.       Mazlan b Abidin

OBJEKTIF
·         Melihat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat aktiviti sepanjang 4 hari 3 malam.
·         Berbincang dengan PEWANIS aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan oleh PEWANIS.
·         Berbincang tentang keselamatan setiap tempat.
11 Februari 2012
RECCE
·         NURSERI BAKAU, KUALA BARU
·         Recce bermula di tempat menanam bakau di Kuala Baru. Farizan membawa Ms Kavita dan Mr Suntaharan ke sana untuk menunjukkan kedudukan nurseri dan tempat yang sesuai untuk menanam.
·         Hasil recce tersebut, pihak Fairview mencadangkan agar tali direntangkan untuk membezakan air cetek dan air dalam di sekitar kawasan tempat menanam bagi peringatan kepada pelajar.

PUSAT PENETASAN PENYU, PENARIK INN
·         Selepas itu , mereka dibawa ke Penarik Inn untuk melihat kawasan yang berpotensi bagi gotong royong membersihkan pantai. Mereka menekankan sesuatu perkara yang hendak dilakukan itu haruslah mempunyai nilai.
·         Mereka meminta PEWANIS menyediakan sarung tangan kain bagi gotong royong ini.
·         Oleh kerana mereka tidak dapat melihat penyu, maka mereka menyuarakan pendapat untuk menolong membina hatcheri penyu.
·         Farizan mencadangkan mereka menghubungi Cik Nurolhuda Nasir untuk maklumat lebih lanjut kerana ia berkaitan dengan projek WWF-Malaysia.
·         Hasil recce tersebut, pihak Fairview mencadangkan agar PEWANIS menyediakan sarung tangan kain kepada mereka bagi program gotong royong mengutip sampah di sekitar pantai berhampiran hatcheri.

PINK HOUSE
·         Selepas itu mereka singgah di Pink House untuk berbincang program yang bakal diadakan pada bulan April dengan PEWANIS. Tarikh lawatan yang dipersetujui ialah 29 Februari 2012 sehingga 3 Mac 2012. Lawatan ini selama 4 hari 3 malam.
·         PEWANIS turut berpeluang menerangkan risalah dan katalog kepada Ms Kavita dan Mr Suntharan. Pengerusi PEWANIS menerangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEWANIS seperti membuat wau, membuat kerepek, menanam bakau dan lain-lain lagi.
·         Akhir, PEWANIS bertukar-tukar alamat emel dan nombor telefon dengan pihak Fairvew untuk memudahkan urusan yang akan datang.
·         Hasil recce tersebut, mereka mencadangkan kanopi perlu ada di Pink House untuk menampung pelajar seramai 140 orang itu.


RUMAH PENGINAPAN AKADEMI PEMBANGUNAN KELUARGA, KG SAUJANA, SETIU
·         Selepas itu mereka dibawa check in di rumah penginapan yang terletak di Kg Saujana. Rumah penginapan tersebut mempunyai 2 bilik tidur berhawa dingin, bilik mandi, bilik air, dapur dan ruang tamu.
·         Kemudahan lain yang disediakan ialah akses internet (waktu pejabat), televisyen dengan siaran Astro. Harga untuk satu rumah penginapan ialah RM60.00 satu malam.
·         Hasil recce tersebut, Kavita dan Suntharan tidak berminat untuk menyewa disitu kerana mempunyai satu bilik air sahaja dalam satu bilik.

# Recce bersama PEWANIS berakhir pada pukul 6.00 petang.
12 Februari 2012
RECCE
KOLAM AIR PANAS LA, KAMPUNG LA, ULU BESUT
·         Seawal pagi selepas sarapan di Pink House, pihak Fairview bertolak ke Kolam Air Panas La, Kampung La, Ulu Besut untuk melihat kawasan untuk aktiviti jungle trekking. Aktiviti ini dianggarkan memakan masa satu hari.
·         Mereka dibawa berkenalan dengan ketua guide di situ iaitu Pak Din. Tetapi untuk recce jungle trekking, kami dibawa oleh Pak Dir, pembantu Pak Din. Check point yang pertama ialah kolam air panas. Pak Dir menerangkan sejarah ringkas tentang kolam tersebut dan khasiatnya.
·         Seterusnya kami dibawa meredah ke checkpoint yang kedua iaitu Gua Bahtera. Nama tersebut diambil bersempena dengan bentuk gua tersebut seperti kapal.
·         Selepas 1.5km meredah hutan, kami berada di checkpoint yang ketiga iaitu Batu Katak. Disini kami sempat mengambil gambar flora dan fauna untuk dijadikan bahan rujukan untuk masa hadapan.
·         Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke check point yang keempat iaitu Air Terjun Berangin. Ia adalah check point terakhir kami untuk aktiviti jungle trekking ini.
·         Hasil recce tersebut, bagi tujuan keselamatan, Kavita menyarankan pihak pengurusan Kolam Air Panas La menyediakan 5 sehingga 7 orang guide bagi mengawal pelajar yang seramai 70 orang itu. Kavita turut meminta mereka memasang tali atau alatan yang sesuai supaya ada tempat sokongan semasa menyeberang sungai yang berbatu licin.
·          
# Recce berakhir pada pukul 8.00 malam, selepas menghantar mereka ke lapangan terbang Kuala Terengganu. Semasa dalam perjalanan mereka singgah di Merang Suria Resort dan Sutra Beach Resort untuk mencari tempat penginapan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment