Monday, July 15, 2013

MH Bikers


Pada 28 Jun 2013, satu kumpulan bermotosikal berkuasa tinggi seramai 46 orang  iaitu MH Bikers telah berkunjung ke Pink House. Mereka telah bertolak pada awal pagi dan telah sampai pada pukul ke Setiu pada jam 12.30 tengahari. Selesai sahaja mendaftar masuk di Pandan Laut Beach Resort dan Nelayan Resort di Penarek, mereka bertolak ke Pink House untuk menikmati makan tengah ala kampung. kedatangan mereke telah disambut oleh ahli Pewanis yang telah lama menunggu mereka sambil membuat kerepek pisang. Selesai sahaja menjamu selera, pihak MH Bikers meneruskan aktiviti dengan membuat wau bulan dan telah mengambil peluang untuk menerbangkannya ke udara. Alhamdulillah kebanyakan wau berjaya diterbangkan. 

Aktiviti menanam bakau diteruskan dan sebanyak 30 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di tapak penanaman bakau Pewanis. Aktiviti pada petang itu telah disertai oleh peserta Orion Scout dan murid sekolah SK Mangkok dan SK Penarek.  Air sungai agak surut pada waktu petang, jadi aktiviti penanaman dapat diteruskan tanpa sebarang masalah. Aktivti selesai pada jam 530 petang dan MH Bikers telah bertolak pulang ke tempat penginapan.













Friday, July 5, 2013

Orion Scout IV 2013 - Rovering with Turtles






Pada 23 Jun 2013, Pengakap Orion telah kembali buat kali yang keempat ke Kampung Mangkok untuk menjalankan aktivti sukarelawan bersama masyarakat tempatan. Kali ini, seramai 5 orang pengakap telah datang dan menginap di Pink House bermula 23 Jun sehingga 3 Julai 2013. Antara pengakap yang kembali pada kali ini ialah Sijie manakala Din, Wei Yung, Kelvin dan Benjamin adalah kali pertama datang ke Terengganu. 

Banyak aktiviti yang telah dilakukan ketika berada di sini. Antaranya ialah mengecat Pink House, rumah Kak Ta dan rumah Kak Nor, membaikpulih dan mencantikkan warung tepi jalan, menanam semula bakau bersama murid sekolah, mencari dan menyemai anak benih bakau, membuat wau, membuat kerepek pisang, rondaan pantai, penggalian sarang telur penyu dan pelepasan anak penyu, menyiapkan tandas, menyertai roadshow bersama PEWANIS, cat mural di SK Mangkok dan juga pelbagai aktiviti lain.

Untuk cerita yang lebih lanjut mengenai projek pada kali ini boleh klik disini.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang dijalankan bersama PEWANIS di Setiu.

Membuat kerepek pisang : Wei Yung sedang tekun menghiris pisang menjadi hirisan nipis sebelum digoreng

Menyapu cat alas pada dinding rumah aktiviti PEWANIS

Panas terik!

Menanam bakau di Kuala Baru bersama murid sekolah

Din sedang menanam anak pokok bakau
KakNa dan Sijie bersama hasil pencarian mereka : Lokan
Meriah!
BBQ dinner at SK Mangkok



Sijie dan Din : tolong menolong



 



Perjalanan mencari anak benih bakau di sepanjang sungai





Low tide : Kesian Sijie terpaksa mendayung supaya bot dapat bergerak
Bersama hasil pencarian mereka : Anak benih bakau


 Was trying to fly their wau in the sky..At last, they make it happened :)


Excavate the turtle nest at the hatchery

Last day : Had their tea-break  at 6 pm. Fried calamari, cekodok sayur, keropok lekor and fresh air kelapa muda


Thursday, July 4, 2013

Nestle (Malaysia) Berhad




Bertarikh 21 Jun 2013, satu rombongan daripada penaja PEWANIS iaitu Nestle (M) Bhd telah datang melawat Pink House. Aktiviti bermula pada jam 10.30 malam, pihak PEWANIS telah menyediakan satu taklimat mengenai perkembangan terbaru dan juga perancangan untuk tahun mendatang. Pengerusi juga telah memperkenalkan ahli baru seramai 5 orang. 

Selesai sahaja aktiviti di Pink House, mereka telah bertolak ke Pantai Telaga Papan untuk melakukan rondaan pantai untuk melihat penyu yang naik bertelur. Namun nasib tidak menyebelahi pihak Nestle pada malam itu kerana tiada pendaratan penyu pada waktu berkenaan. Dalam pukul 1.00 pagi, kesemua mereka pulang ke hotel untuk rehat.

22 Jun 2013

Keesokan hari, seawal jam 8.30 pagi, rombongan daripada Nestle Reaching Out to Community and Kids Employee Volunteer Programme (ROCKers) dari East Coast telah sampai ke Kuala Baru untuk aktiviti penanaman bakau. Sebanyak 62 pokok anak bakau telah ditanam pada hari tersebut. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan aktiviti membuat wau bulan dan juga melihat beruk memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan kelapa muda. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengahari sesudah makan tengahari.

Pewanis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Nestle (M) Bhd datang menjenguk dan melakukan aktiviti bersama PEWANIS. Semoga Nestle akan terus menjadi penaja bagi Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu pada masa akan datang.

Aktiviti penanaman bermula


 








World Sea Turtle Day 2013 di Pantai Batu Buruk


Bertempat di Pantai Batu Buruk telah berlangsungnya satu program Hari Penyu Sedunia 2013 dan PEWANIS telah dijemput untuk membuka booth bersempena hari berkenaan. Seramai 3 orang ahli PEWANIS iaitu Kak Na, Kak Yah dan Kak Semah telah dihantar untuk menjayakan program berkenaan. Pihak PEWANIS telah menyediakan barangan jualan seperti kerepek pisang, apron, baju, keychain dan itik/bakul kertas beserta poster-poster mengenai pemuliharaan penyu dan tuntung. Antara booth yang turut dibuka pada hari berkenaan adalah MEKAR, WWF-Malaysia dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu. Kehadiran pengunjung amatlah memberansangkan kerana Batu Buruk adalah tempat tumpuan pada hari minggu dan juga terdapat Jet Ski Challenge 2013 yang turut diadakan pada hari berkenaan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari berkenaan seperti larian amal "Race Against Extinction" telah diadakan pada awal pagi dan telah berjaya menarik dalam 700 penyertaan. Aktiviti lain yang dijalankan adalah kuiz, pertandingan membuat wau, face painting, pakaian beragam yang disertai oleh adik-adik dari Tadika dan pelbagai lagi aktiviti lain. 

Kak Yah

Booth PEWANIS

Antara pengunjung terawal dari MOTOUR

Booth sebelah




Kak Na with her hand painting

Lawatan Media bersama WWF-Malaysia

Bersempena dengan Video Launching  Setiu Wetlands : Nature's Jewel, pihak WWF-Malaysia telah mengaturkan satu lawatan media ke Setiu Wetlands bertarikh 6 - 7 Jun 2013. Ahli Pewanis mengalukan kedatangan pihak media ke Pink House. 

Pada malam 6 Jun 2013, para media telah dibawa menyusuri sungai dengan menaiki bot untuk melihat kelip-kelip yang banyak terdapat disepanjang sungai. 

Pada 7 Jun 2013, bertempat di Kuala Baru, tapak penanaman semula bakau, pihak media telah menanam sebanyak 10 pokok anak bakau dan telah menemuramah ahli PEWANIS mengenai penglibatan mereka dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Kemudian mereka meneruskan aktiviti membuat kerepek pisang dan juga aktiviti membuat wau bulan di Pink House. Coretan mengenai Setiu Wetlands telah keluar di Malaysia Hari Ini (MHI) dan beberapa akhbar di Malaysia.