Saturday, February 19, 2011

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA - PEWANIS

TARIKH:
18 Februari 2011 (Jumaat)

MASA: 
4.30 petang - 7.00 malam

TEMPAT: 
Dewan Penarik Inn, Penarik, Setiu, Terengganu.

KEHADIRAN: 
Seramai 29 orang ahli iaitu 9 ahli biasa, 16 ahli bersekutu, 3 penasihat dan 1 pemeriksa kira-kira.

AGENDA:
1. Ucapan pengerusi PEWANIS
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas (pra-agong)
3. Menerima laporan tahunan 2010/2011
4. Menerima dan meluluskan kira-kira kewangan tahunan 2010/2011
5. Melantik setiausaha dan naib setiausaha baru
6. Membentangkan dan membincangkan aktiviti-aktiviti pada tahun 2011
7. Sesi perbincangan bersama WWF-Malaysia
8. Hal-hal lain yang berbangkit
9. Ucapan penangguhan

GAMBAR:
Ahli PEWANIS

Thursday, February 10, 2011

BENGKEL PENDAPATAN TAMBAHAN / GANTIAN

TARIKH:

 8 Februari 2011 – 9 Februari 2011

TEMPAT:
 Hotel Ria, Kudat, Sabah

PENYERTAAN PEWANIS:
 2 Wakil Pewanis
- Puan Hamidah Bt Idris, Timbalan Pengerusi
- Cik Che Farizan Bt Che Ali, Koordinator

Hari Pertama – Bengkel Pendapatan Tambahan / Gantian
1. Pengenalan kepada bengkel dan projek program pendapatan gentian untuk cadangan Taman Tun Mustapha oleh Cik Sofia Johari, wakil dari WWF-Malaysia, Sabah
2. Peluang-peluang eko-pelancongan di Kudat, Sabah disampaikan oleh Ray Winfield, pengasas Kudat Turtle Conservation Society
3. Perkongsian pengalaman dengan PEWANIS dari Setiu, Terengganu oleh Puan Hamidah Idris, wakil dari Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu (PEWANIS)
4. Sea Cucumber Workshop at Kudat dibentangkan oleh Irwin Wong, wakil dari WWF-Malaysia, Sabah
5. Ceramah akuakultur di Sabah oleh wakil dari Jabatan Perikanan Kudat
6. Ceramah oleh pengusaha minyak kelapa dara di Kudat iaitu Encik George
Bengkel tersebut diakhiri dengan tayangan video kraftangan Maliangin dan Lawatan komuniti ke Taman Bunaken, Manado di Indonesia oleh Persatuan Kampung Maliangin.

Hari Kedua – Lawatan-lawatan ke tempat menarik di sekitar Kudat.

Lawatan 1: Projek Sangkar Ikan di tepi laut, Tampakan
- Sangkar ikan di daerah Kudat. Diusahakan oleh penduduk tempatan. Pelawat yang datang dari daerah Kudat boleh melalui dengan perhubungan laut iaitu menggunakan bot ekspress.
- Lokasi yang strategik kerana :-
o Terletak di bahagian tanjung pantai
o Terlindung daripada angin kuat.
o Berdekatan dengan pesisiran pantai. Mudah untuk dipantau.
- Menjadi salah satu destinasi menarik untuk dilawati. Mempunyai spesis ikan kerapu yang besar dan berat. Melebihi 100kg seekor!

Lawatan 2: Gombizau Kampung Madu
- Yuran masuk : RM5 sekepala.
- Hasil madu yang diperolehi dijual RM29 sebotol.
- Pengusaha madu membawa ahli rombongan melawat sarang lebah yang menghasilkan madu.
- Semasa dalam lawatan, pembantu pengusaha membawa corong asap sabut kelapa untuk menghalang lebah dari mengigit pelawat. Ia juga adalah salah satu alat untuk mengalihkan lebah dari sarangnya.
- Sementara itu, pengusaha sarang lebah pula menerangkan bagaimana madu dihasilkan daripada lebah-lebah yang terdapat di sekitar kampung Gombizau kepada ahli rombongan.
- Pelbagai soalan yang ditimbulkan oleh ahli rombongan yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang pengusahaan sarang dan madu lebah ini.

Lawatan 3: Pembuatan Gong
- Diusahakan oleh sepasang suami isteri yang diwarisi turun-temurun dari nenek moyang mereka iaitu kaum Rungus.
- Dinyatakan bahawa pembuatan gong ini telah melangkaui 7 generasi.
- Pembuatan gong ini telah 3 tahun beroperasi dan pengusahanya telah menyertai pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran didalam pembuatan gong dan pemasarannya.
- Semasa lawatan, mereka telah menunjukkan cara-cara pembuatan gong :-
o Saiz gong dikehendaki disurih di atas kepingan logam. Satu gong terdiri daripada 2 keping logam yang dicantum yang berbentuk bulat dan separa bulat.
o Kepingan yang bulat itu diketuk ditengah-tengahnya untuk membentuk bonjolan gong. Proses ini memakan masa lebih dari 1 jam.
o Selepas itu, kepingan bulat itu dicantum (welding) dengan kepingan separa bulat untuk menjadikannya sebuah gong lengkap.
o Akhir sekali, gong diwarnakan mengikut corak yang dikehendaki.
- Gong dihasilkan dengan pelbagai saiz dari sekecil tapak tangan dewasa sehingga sebesar ?? (anggaran diameter 3m lebih!)
- Gong yang terbesar dipamerkan di padang bola kampung tersebut. Menjadikannya salah satu tarikan pelancong dan pelawat-pelawat dari luar.

Lawatan 4: Projek Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO)
- Diusahakan oleh seorang penduduk tempatan Kudat.
- Dihasilkan daripada buah kelapa yang matang dan segar. Iaitu buah kelapa yang belum tumbuh tumbung.
- Semasa lawatan, beliau telah menunjukkan demo pemprosesan minyak kelapa dara secara tradisi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
- Cara-cara pembuatan minyak kelapa dara:
o Kelapa diperah dengan menggunakan mesin khas sehingga mengeluarkan santan yang pekat.
o Santan tersebut diperam selama 28 jam. Peraman itu akan menjadi 3 lapisan. Lapisan yang tengah sahaja yg diambil.
o Seterusnya, minyak tersebut akan dituras 3 kali untuk mendapatkan pati yang paling bersih dan bermutu tinggi.
o Akhir sekali minyak tersebut akan dibotolkan untuk dijual kepada pasaran.
- Kajian yang beterusan telah mendapati Minyak Kelapa Dara memberi pelbagai kesan positif iaitu:-
o Memperbaiki system pertahanan badan
o Meningkatkan kadar metabolisma badan
o Antivirus, antibakteria, antikulat dan antiparasit yang semulajadi
o Antioksidan semulajadi
o Meningkatkan fungsi kalenjar tiroid
o Melindungi kesan sinaran ultraviolet dan cahaya

Lawatan 5: Rumah Panjang Maranjak atau Maranjak Long House. (Projek Komuniti)
- Yuran masuk:
o Dewasa (Non-Malaysia) : RM5
o Dewasa (Malaysia) : RM3
o Kanak-Kanak : RM2
o Pelajar : RM2
- Projek ini dibiayai oleh Encik Maranjak dan keluarga.Diusahakan oleh seorang penduduk tempatan Kudat.
Terdapat pelbagai jualan kraftangan daripada manik dijual di dalam rumah panjang tersebut oleh penduduk tempatan