Friday, March 16, 2012

Roadshow PEWANIS 2 : Pasar Pagi Kampung Rahmat


ROADSHOW 2 : KEMPEN PROMOSI PEWANIS DAN PRODUK PELANCONGAN PEWANIS
TARIKH
16 MAC 2012
WAKTU
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT
TAPAK PASAR PAGI KAMPUNG RAHMAT
ANJURAN
Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu
AJK PROGRAM
Ahli PEWANIS
-        Rusnita bt Ngah
-        Noor Hayati bt Hashim
-        Mek Kiyah bt Ya’acob
-        Siti Rokiah bt Mohamed
-        Zaliha bt Jusoh
-        Rokiah bt Daud
-        Mazlan b Abidin
Dibantu oleh pelajar praktikal:
-        Aini
-        Akmal
-        Shafiq
OBJEKTIF
  1. Mempromosikan PEWANIS dan produk pelancongan PEWANIS kepada komuniti di daerah Setiu.
  2. Menyebarkan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan penyu, tuntung dan bakau.
  3. Mengajak pengunjung-pengunjung mengurangkan penggunaan beg plastik di dalam kehidupan sehari-harian.
AKTIVITI
1.       Booth pameran oleh PEWANIS.
2.       Kuiz – menjawab soalan tentang PEWANIS dan plastik.
3.       Ziarah gerai ke gerai mempromosikan beg kain PEWANIS.
4.       Menggunakan beg kain PEWANIS semasa membeli barang-barang di pasar.
KOMEN PEWANIS
·         PEWANIS membuat pameran kepada orang ramai didalam usaha menyebarkan kewujudan PEWANIS kepada umum terutamanya di bahagian DUN Langkap.
·         Disebabkan pengunjung tidak ramai, PEWANIS hanya berjaya menjual 4 paket kerepek pisang sahaja.
·         Meluaskan perniagaan PEWANIS berkenaan pakej perlancongan berteraskan pemuliharaan alam semulajadi kepada potential customers.
POST MORTEM
·         Pengunjung Pasar Pagi Kg Rahmat kurang, berkemungkinan di atas faktor-faktor berikut:
·         Pasar kecil
·         Pertengahan bulan
·         Tapak booth PEWANIS tidak strategik
·         Mendapat kunjungan dari Team Happy, membuat cadangan hantar kertas kerja kepada mereka untuk mendapat peruntukan atau membuat kerjasama dengan PEWANIS.

No comments:

Post a Comment