Friday, March 23, 2012

Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Kampung Penarik Baru


MAJLIS PERASMIAN PUSAT TUISYEN KAMPUNG PENARIK BARU
TARIKH
23 MAC 2011
WAKTU
2.30 PETANG SEHINGGA 3.30 PETANG
TEMPAT
SURAU DAN PUSAT TUISYEN KAMPUNG BARU PENARIK
ANJURAN
PENGASAS PUSAT TUISYEN – ENCIK ISHAK
KEHADIRAN
Ahli PEWANIS:
1.       Rusnita bt Ngah
2.       Nor Hayati bt Hashim
3.       Mek Kiyah bt Yaacob
4.       Zaliha bt Jusoh @ Mat Ghani
5.       Siti Rokiah bt Mohamed
ATURCARA
Lawatan dari AJK Pengasas Pusat Tuisyen Kampung Penarik Baru
·         PEWANIS menjemput mereka untuk melihat –lihat Rumah Pink. Ahli PEWANIS turut juga menerangkan kepada mereka objektif PEWANIS ditubuhkan, sejarah dan juga aktiviti-aktiviti yang PEWANIS lakukan untuk menjana ekonomi dan memelihara alam sekitar.
·         Seterusnya, PEWANIS dijemput ke Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Kampung Penarik Baru oleh AJK Pengasas ke Surau Kampung Baru Penarik.
·         Ucapan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh penaung pusat tuisyen tersebut dan kemudian disusuli dengan jamuan makan tengahari.
·         Seusai makan, PEWANIS dijemput ke pusat tuisyen untuk diperkenalkan kepada anak-anak kampung dan para guru tuisyen.
·         Majlis tersebut berakhir pada pukul 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment