Saturday, March 31, 2012

Lawatan Kelab Sprouts 8, Universiti Malaya


LAPORAN LAWATAN DARI SPROUTS 8 CLUB, UNIVERSITI MALAYA
TARIKH
31 Mac 2012 – 2 April 2012
TEMPAT
Kuala Baharu, Jeti Kg Mangkok, sepanjang Sungai Setiu, Pantai Kg Mangkok
PESERTA
Fellow Kolej
·         Mohd Izzat bin Shafie @ Mohd Alias
Ahli Sprouts 8 Club
·         30 orang pelajar
AKTIVITI
31 Mac 2012
Menyusuri sungai
·         Selepas makan malam dan berehat seketika, para pelajar menuju ke jeti Kg Mangkok untuk menaiki bot nelayan bagi aktiviti malam iaitu menyusuri sungai dan melihat kelip-kelip.
·         Mereka sungguh teruja kerana belum pernah melihat kelip-kelip dan kebetulan pada malam tersebut suasana gelap dan banyak kelip-kelip yang kelihatan.
·         Setelah 1 jam lebih menyusuri sungai dan dibawa ke beberapa checkpoint kelip-kelip, aktiviti tersebut berakhir.
1 April 2012
Menanam bakau
·         Selepas sarapan, PEWANIS menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar dengan menggunakan board. Antara kepentingannya ialah menjadi pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan banyak lagi.
·         Ketika itu air surut, mereka dapat menanam anak pokok bakau dengan mudah dan dapat mengetahui teknik-teknik menanam pokok dengan betul.
·         Mereka berjaya menanam sebanyak 32 pokok bakau dan sangat teruja dengan aktiviti tersebut.

Membersihkan pantai
·         Selesai menanam, mereka menuju ke pantai di sekitar Kuala Baharu untuk program membersihkan pantai. Sebelum aktiviti tersebut bermula, mereka diberi taklimat tentang kepentingan membersihkan kawasan pantai terutamanya untuk kelangsungan hidup penyu.
·         Mereka turut diterangkan tentang kategori sampah yang perlu dikutip seperti kaca, botol plastik dan beg plastik yang mana buatan manusia sementara yang semulajadi dibiarkan.
·         Setelah sejam mengutip sampah, mereka berjaya mengumpul dua beg plastik besar sampah.

Membuat wau
·         Aktiviti wau diteruskan pada pukul 10.30 pagi. Abang Lan memberi taklimat ringkas tentang cara-cara membuat wau satu persatu. Slot pertama pertama ialah membuat rangka wau dengan menngunakan buluh yang disediakan dan perlu diikat di setiap bucu rangka.
·         Slot kedua disambung selepas makan tengahari iaitu pada pukul 2.00 petang. Slot kedua ini memerlukan para peserta menampal kertas di rangka wau. Tampalan kertas adalah mengikut kreativiti masing-masing.
·         Selepas siap, mereka diajar cara mengikat teraju di badan wau. Teraju perlu diikat dengan teliti kerana ia adalah salah satu faktor penting bagi menentukan sesebuah wau itu boleh diterbangkan atau tidak.
·         Setiap wau yang telah diikat dengan teraju diberikan selingkar tali. Selepas itu para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing di dalam menerbangkan wau. Ada terbang dan ada juga tidak.
·         Program tersebut berakhir pada pukul 6.00 petang. Masing-masing berpuas hati dan membawa pulang wau dengan gembiranya.
2 April 2012
Melawat hatcheri
·         Selepas sarapan, semua pelajar berjalan kira-kira 2km dari Pink House menuju ke tempat hatcheri penyu yang terletak di belakang Penarik Inn.
·         Setibanya di sana, mereka disambut oleh pekerja hatcheri WWF-Malaysia iaitu Faiznur. Faiznur menerangkan kepada mereka tentang kepentingan pusat penetasan hatcheri penyu. Antaranya ialah menggelak daripada ancaman haiwan pemangsa seperti ketam dan biawak. Selain itu, ancaman dari manusia juga turut dapat dihindari.
·         Kemudian selepas taklimat ringkas tersebut, Faiznur membawa peserta melihat ke dalam pusat penetasan penyu dan menunjukkan cara-cara penanaman telur penyu dibuat.
·         Semasa sesi tersebut, semua peserta teruja kerana mendapat pengalaman yang unik. Banyak soalan ditimbulkan oleh mereka dan dapat dijawab dengan baik oleh Faiznur, sambil dibantu oleh Aini, Akmal dan Farizan.
·         Lawatan berakhir pada pukul 10.00pagi.

No comments:

Post a Comment