1.0 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT
Pengerusi
PEWANIS, Puan Rusnita Bt Ngah mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera
kepada ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agong kali kedua. Beliau turut
memaklumkan bahawa majlis pada pagi ini amat sesuai sekali kerana semua ahli
dapat bertemu diantara satu sama lain serta mendapat maklum balas mengenai
aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun 2011. Beliau menyeru ahli-ahli
persatuan agar dapat menyumbangkan tenaga kerja yang dapat diingati sampai
bila-bila serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap
Mesyuarat Agong pada pagi tersebut dapat berlangsung dengan lancar dan baik.
Selain itu, beliau menyeru para ahli agar dapat melaksanakan program-program
yang dianjurkan persatuan dengan baik. Beliau juga turut mengucapkan terima
kasih kepada semua AJK Pengelola Mesyuarat Agong atas usaha mereka bagi
menjayakan program ini, dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong Kali Kedua,
Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu.
2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGONG PERTAMA
Minit
Mesyuarat Agong Pertama, yang telah diadakan di Dewan Penarik Inn, Penarik,
Setiu, Terengganu pada 18 Februari 2011 telah dicadangkan sah terima oleh
Encik River Foo dan disokong oleh Puan Hamidah Bt Idris. Antara perkara
berbangkit yang disentuh dalam mesyuarat ini ialah Hari Keluarga PEWANIS.
Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menunda hari keluarga ini pada
bulan Mac atau Jun 2012. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan minit
mesyuarat yang lepas tanpa sebarang pindaan.
3.0 MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2011
Pengerusi
bagi sesi 2010/2011, Puan Rusnita Binti Ngah telah membentangkan Laporan
Tahunan 2011. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun 2011 ialah
berkaitan eko pelancongan PEWANIS, temubual dan dokumentari, pameran, kempen
dan ekspo, bengkel dan kursus, lawatan sambil belajar, dan sambutan perayaan.
Laporan telah dicadang terima oleh Puan Nor Hayati Binti Hashim serta
disokong oleh Puan Siti Rokiah Binti Mohamed. Majlis bersetuju sebulat suara.
4.0 MENERIMA DAN MELULUSKAN
KIRA-KIRA KEWANGAN TAHUNAN 2011
Penyata
Kira-kira Kewangan Tahun 2011 berdasarkan tahun berakhir 31 Disember 2012
telah dibentangkan oleh bendahari, Puan Nor Hayati Bt Hashim. Bendahari
menyatakan pendapatan persatuan ialah RM15, 521.20, manakala perbelanjaan
sebanyak RM4524.50 dan baki sebanyak RM10, 996.70. Penyata kira-kira tersebut
telah dibahaskan serta soalan-soalan dapat dijawab oleh Bendahari dengan
jelas.Penyata kira-kira dicadang terima oleh Encik Zakariah Bin Ismail dan
disokong oleh Puan Suriana Binti Wahab. Majlis bersetuju dengan sebulat
suara.
5.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA SESI
2010/2011
Majlis
telah membubarkan ahli jawatankuasa bagi sesi 2010/2011 dan ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Perlantikan ahli jawatankuasa baru terus diadakan.
6.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
BARU BAGI SESI 2012/2013
Perlantikan
semula ahli jawantankuasa bagi sesi 2012/2013 menggunakan kaedah bilangan
undi secara mengangkat tangan dan keputusan undian adalah seperti berikut:-
6.1 PENGERUSI – Puan Rusnita bt. Ngah
Cadangan
– Encik Sahara bin Zakaria
Disokong
– Majoriti
Cadangan
ditutup : Puan Mek Kiyah Bt Ya’acob
Cadangan
disokong : Majoriti
6.2
NAIB PENGERUSI – Puan Hamidah bt. Idris
Cadangan
– Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong
– Puan Suriana Binti Wahab
Cadangan
ditutup : Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
Disokong
: Puan Nor Hayati Bt Hashim
6.3
BENDAHARI – Puan Mek Kiyah Binti Ya’acob
Cadangan
– Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong
– Puan Hamidah Bt Idris
Cadangan
ditutup : Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
Disokong
: Puan Nor Hayati Bt Hashim
6.4
SETIAUSAHA – Puan Nor Hayati Binti Hashim
Cadangan
– Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong
– Majoriti
Cadangan
ditutup : Puan Siti Rokiah Bt Mohamed
Disokong
: Majoriti
6.5
ENAM (6) AHLI JAWATANKUASA –
1.
Rokiah Binti Daud
2.
Siti Rokiah Binti Mohamed
3.
Zaliha Binti Jusoh @ Mat Ghani
4.
Fatimah Binti Ngah
5.
Nor Shahida Binti Mohamed
6.
Siti Nor Hasida Binti Wan Ahmad
Cadangan
– Puan Rusnita Bt Ngah
Disokong
– Majoriti
Cadangan
ditutup : Puan Nor Hayati Bt Hashim
Disokong
: Majoriti
7.0 MEMBINCANGKAN UNDANG-UNDANG
TUBUH
7.1
YURAN AHLI
Dalam
perbincangan ini, semua ahli majlis mesyuarat telah bersetuju untuk
menetapkan yuran keahlian dan tahunan dikekalkan sebanyak RM10.00, manakala
yuran masuk dikurangkan daripada RM20.00 kepada RM10.00.Ini bermakna setiap
ahli baru harus membayar RM20.00 dimana RM10 untuk yuran keahlian dan RM10.00
untuk yuran masuk.
7.2
TANDATANGAN BAGI PENGELUARAN WANG DI BANK
Dalam
perbincangan undang-undang tubuh ini juga semua ahli mesyuarat telah
bersetuju untuk mengekalkan tiga (3) orang untuk keperluan tanda tangan bagi
pengeluaran duit di bank. Tandatangan yang digunakan ialah pemgerusi,
setiausaha dan bendahari.
8.0 MEMBENTANGKAN DAN
MEMBINCANGKAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUN 2012
8.1
LAWATAN DARI SEKOLAH ANTARABANGSA FAIRVIEW
Lawatan
dari Sekolah Antarabangsa Fairview ialah pada 29 Feb-3 Mac 2012 ini. Seramai
120 orang dijangka akan hadir bagi menjalankan aktiviti-aktiviti eko
pelancongan bersama PEWANIS seperti menanam bakau, membuat kerepek, jungle
trekking, dan membina hatcheri. PEWANIS meminta para suami bergotong royong
menolong mereka bagi melancarkan perjalanan program ini.
8.2
ROADSHOW DI PASAR PAGI KG. RAHMAT
Roadshow
ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari
jumaat, 16hb Mac 2012. Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya ialah
promosi PEWANIS dan produk pelancongan PEWANIS, pameran risalah dan katalog,
pameran bunting dan banner, kuiz berkenaan alam sekitar dan kempen kurangkan
penggunaan plastik. Diharap roadshow yang akan diadakan ini agar mendapat
sambutan dan sokongan dari pengunjung Pasar pagi Kg. Rahmat.
8.3
SAGUHATI PENGHARGAAN KECEMERLANGAN PELAJAR SK MANGKOK dan ANAK-ANAK PEWANIS
Hasil
perbincangan semua ahli mesyuarat telah mengambil kata sepakat untuk memberi
saguhati kepada semua pelajar Kg.Mangkok yang cemerlang
UPSR. Manakala bagi peperiksaan PMR, SPM, dan STPM hanya diberikan kepada
anak-anak PEWANIS yang mendapat A di dalam peperiksaan.
8.4
LAWATAN DARI SK SRI KDU DAMANSARA: PEMILIHAN RUMAH UNTUK DI CAT
Antara
rumah yang tersenarai untuk dipilih sebelum ini ialah rumah Nor Sahida bt
Mohamed, rumah Mak Ngah Jaroh, dan rumah Mak Teh Nilam. Tetapi Nor Shahida
tidak bersetuju kerana rumahnya tidak sesuai untuk dicat. Maka, rumah-rumah
yang terpilih ialah rumah kepunyaan Mak Ngah Jarah, Pak Muda Embong dan Mak
Teh Nilam. Rumah tersebut akan dicat pada bahagian papan sahaja.
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1
KANOPI
Ahli
mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk menetapkan harga bagi sewaan 1
set kanopi besar (ukuran 20”x20”) sebanyak RM200, manakala harga sewaan 1 set
kanopi kecil (ukuran 10”x10”) ialah RM50. Sewaan 1 set kanopi besar
termasuklah 1 kanopi, 4 buah meja, dan 50 buah kerusi. Manakala sewaan kanopi
kecil pula termasuk 1 kanopi, 2 buah meja, dan jumlah kerusi bergantung
kepada jumlah kerusi yang akan disewa. Semua ahli mesyuarat juga telah bersetuju
menetapkan hasil sewaan kanopi dibahagi dua antara tabung PEWANIS dan upah
pemasangan termasuk kos penghantaran. Bagi kos penghantaran kanopi di luar Kg
Mangkok pula bergantung kepada jarak dan tempat, dimana harga boleh dirunding
dengan PEWANIS.
9.2
PAPAN TANDA PINK HOUSE
Puan
Rusnita Binti Ngah selaku pengerusi PEWANIS telah mengutarakan cadangan untuk
membina satu papan tanda di hadapan Rumah Pink. Tujuan papan tanda ini untuk
memudahkan pengunjung-pengunjung datang ke Pink House dan salah satu bentuk
promosi PEWANIS kepada orang luar. Cadangan diterima oleh Encik River Foo
selaku penasihat dan disokong sebulat suara. Ia akan dibuat dalam masa yang
terdekat.
10.0 SESI BERSAMA WWF-Malaysia
10.1
ISU PENGGALIAN KUALA
Encik
River Foo ada menyentuh isu gali kuala dimana mungkin akan mendatangkan kesan
positif atau negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.
Walaubagaimanapun WWF akan menjalankan penyelidikan dan kajian bagi
memastikan kegiatan ini tidak akan meninggalkan impak yang negatif terhadap
alam sekitar serta penduduk setempat.
10.2
PENGGUNAAN TANAH DI KUALA BARU
Encik
River Foo juga ada menyatakan tentang isu tanah di Kuala baru. Beliau
bercadang untuk berhubung dengan pejabat tanah bertujuan meminta kebenaran
menggunakan tanah tanpa mengubah apa-apa pada kawasan tersebut.Beliau juga
menyatakan agar PEWANIS dapat memaklumkan hal tersebut kepada ketua kampung
Kg. Mangkok.
11.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
Jawatankuasa Pengurusan serta ahli-ahli persatuan kerana telah mengadakan
Mesyuarat Agong kali kedua ini dengan jayanya. Beliau sekali lagi memohon
kerjasama para ahli agar dapat memberi kerjasama serta melibatkan diri dalam
semua program anjuran persatuan ini. Kepada semua ahli-ahli persatuan, beliau
menyeru agar memberi kerjasama yang erat serta sumbangan khidmat yang
cemerlang dalam sebarang aktiviti-aktiviti dan kebajikan demi
mempertingkatkan lagi imej persatuan. Seterusnya beliau menangguhkan
Mesyuarat Agong Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu kali kedua. Majlis
bersurai jam 12.30 tengahari.
|
No comments:
Post a Comment