| 
   
LAPORAN LAWATAN DARI SPROUTS 8 CLUB, UNIVERSITI MALAYA 
 | 
 |
| 
   
TARIKH 
 | 
  
   
31 Mac 2012 – 2
  April 2012 
 | 
 
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
Kuala Baharu, Jeti
  Kg Mangkok, sepanjang Sungai Setiu, Pantai Kg Mangkok 
 | 
 
| 
   
PESERTA 
 | 
  
   
Fellow Kolej 
·        
  Mohd Izzat bin Shafie @ Mohd
  Alias 
Ahli Sprouts 8 Club 
·        
  30 orang pelajar 
 | 
 
| 
   
AKTIVITI 
 | 
 |
| 
   
31 Mac 2012 
 | 
  
   
Menyusuri sungai 
·        
  Selepas makan malam dan
  berehat seketika, para pelajar menuju ke jeti Kg Mangkok untuk menaiki bot
  nelayan bagi aktiviti malam iaitu menyusuri sungai dan melihat kelip-kelip. 
·        
  Mereka sungguh teruja kerana
  belum pernah melihat kelip-kelip dan kebetulan pada malam tersebut suasana
  gelap dan banyak kelip-kelip yang kelihatan. 
·        
  Setelah 1 jam lebih menyusuri
  sungai dan dibawa ke beberapa checkpoint
  kelip-kelip, aktiviti tersebut berakhir. 
 | 
 
| 
   
1 April 2012 
 | 
  
   
Menanam bakau 
·        
  Selepas sarapan, PEWANIS
  menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada para pelajar dengan
  menggunakan board. Antara
  kepentingannya ialah menjadi pusat pembelajaran, habitat flora dan fauna, dan
  banyak lagi. 
·        
  Ketika itu air surut, mereka
  dapat menanam anak pokok bakau dengan mudah dan dapat mengetahui
  teknik-teknik menanam pokok dengan betul. 
·        
  Mereka berjaya menanam
  sebanyak 32 pokok bakau dan sangat teruja dengan aktiviti tersebut. 
Membersihkan pantai 
·        
  Selesai menanam, mereka
  menuju ke pantai di sekitar Kuala Baharu untuk program membersihkan pantai.
  Sebelum aktiviti tersebut bermula, mereka diberi taklimat tentang kepentingan
  membersihkan kawasan pantai terutamanya untuk kelangsungan hidup penyu. 
·        
  Mereka turut diterangkan
  tentang kategori sampah yang perlu dikutip seperti kaca, botol plastik dan
  beg plastik yang mana buatan manusia sementara yang semulajadi dibiarkan. 
·        
  Setelah sejam mengutip
  sampah, mereka berjaya mengumpul dua beg plastik besar sampah. 
Membuat wau 
·        
  Aktiviti wau diteruskan pada
  pukul 10.30 pagi. Abang Lan memberi taklimat ringkas tentang cara-cara
  membuat wau satu persatu. Slot pertama pertama ialah membuat rangka wau
  dengan menngunakan buluh yang disediakan dan perlu diikat di setiap bucu
  rangka. 
·        
  Slot kedua disambung selepas
  makan tengahari iaitu pada pukul 2.00 petang. Slot kedua ini memerlukan para
  peserta menampal kertas di rangka wau. Tampalan kertas adalah mengikut
  kreativiti masing-masing. 
·        
  Selepas siap, mereka diajar
  cara mengikat teraju di badan wau. Teraju perlu diikat dengan teliti kerana
  ia adalah salah satu faktor penting bagi menentukan sesebuah wau itu boleh
  diterbangkan atau tidak. 
·        
  Setiap wau yang telah diikat
  dengan teraju diberikan selingkar tali. Selepas itu para peserta menunjukkan
  kemahiran masing-masing di dalam menerbangkan wau. Ada terbang dan ada juga
  tidak. 
·        
  Program tersebut berakhir
  pada pukul 6.00 petang. Masing-masing berpuas hati dan membawa pulang wau
  dengan gembiranya. 
 | 
 
| 
   
2 April 2012 
 | 
  
   
Melawat hatcheri 
·        
  Selepas sarapan, semua
  pelajar berjalan kira-kira 2km dari Pink House menuju ke tempat hatcheri
  penyu yang terletak di belakang Penarik Inn. 
·        
  Setibanya di sana, mereka
  disambut oleh pekerja hatcheri WWF-Malaysia iaitu Faiznur. Faiznur
  menerangkan kepada mereka tentang kepentingan pusat penetasan hatcheri penyu.
  Antaranya ialah menggelak daripada ancaman haiwan pemangsa seperti ketam dan
  biawak. Selain itu, ancaman dari manusia juga turut dapat dihindari. 
·        
  Kemudian selepas taklimat
  ringkas tersebut, Faiznur membawa peserta melihat ke dalam pusat penetasan
  penyu dan menunjukkan cara-cara penanaman telur penyu dibuat. 
·        
  Semasa sesi tersebut, semua
  peserta teruja kerana mendapat pengalaman yang unik. Banyak soalan
  ditimbulkan oleh mereka dan dapat dijawab dengan baik oleh Faiznur, sambil
  dibantu oleh Aini, Akmal dan Farizan. 
·        
  Lawatan berakhir pada pukul
  10.00pagi. 
 | 
 
Saturday, March 31, 2012
Lawatan Kelab Sprouts 8, Universiti Malaya
Friday, March 23, 2012
Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Kampung Penarik Baru
| 
   
MAJLIS PERASMIAN PUSAT TUISYEN KAMPUNG
  PENARIK BARU 
 | 
 |
| 
   
TARIKH  
 | 
  
   
23 MAC 2011 
 | 
 
| 
   
WAKTU 
 | 
  
   
2.30 PETANG SEHINGGA 3.30 PETANG 
 | 
 
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
SURAU DAN PUSAT TUISYEN KAMPUNG BARU PENARIK 
 | 
 
| 
   
ANJURAN 
 | 
  
   
PENGASAS PUSAT TUISYEN – ENCIK
  ISHAK 
 | 
 
| 
   
KEHADIRAN 
 | 
  
   
Ahli PEWANIS: 
1.      
  Rusnita bt Ngah 
2.      
  Nor Hayati bt Hashim 
3.      
  Mek Kiyah bt Yaacob 
4.      
  Zaliha bt Jusoh @ Mat Ghani 
5.      
  Siti Rokiah bt Mohamed 
 | 
 
| 
   
ATURCARA 
 | 
  
   
Lawatan dari AJK
  Pengasas Pusat Tuisyen Kampung Penarik Baru 
·        
  PEWANIS menjemput mereka
  untuk melihat –lihat Rumah Pink. Ahli PEWANIS turut juga menerangkan kepada
  mereka objektif PEWANIS ditubuhkan, sejarah dan juga aktiviti-aktiviti yang
  PEWANIS lakukan untuk menjana ekonomi dan memelihara alam sekitar. 
·        
  Seterusnya, PEWANIS dijemput
  ke Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Kampung Penarik Baru oleh AJK Pengasas ke
  Surau Kampung Baru Penarik. 
·        
  Ucapan dimulakan dengan ucapan
  alu-aluan oleh penaung pusat tuisyen tersebut dan kemudian disusuli dengan
  jamuan makan tengahari. 
·        
  Seusai makan, PEWANIS
  dijemput ke pusat tuisyen untuk diperkenalkan kepada anak-anak kampung dan
  para guru tuisyen. 
·        
  Majlis tersebut berakhir pada
  pukul 3.00 petang. 
 | 
 
Friday, March 16, 2012
Roadshow PEWANIS 2 : Pasar Pagi Kampung Rahmat
| 
   
ROADSHOW 2 : KEMPEN PROMOSI PEWANIS DAN
  PRODUK PELANCONGAN PEWANIS 
 | 
 |
| 
   
TARIKH  
 | 
  
   
16 MAC 2012 
 | 
 
| 
   
WAKTU 
 | 
  
   
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI 
 | 
 
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
TAPAK PASAR PAGI KAMPUNG RAHMAT 
 | 
 
| 
   
ANJURAN 
 | 
  
   
Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu 
 | 
 
| 
   
AJK PROGRAM  
 | 
  
   
Ahli PEWANIS 
-       
  Rusnita bt Ngah 
-       
  Noor Hayati bt Hashim 
-       
  Mek Kiyah bt Ya’acob 
-       
  Siti Rokiah bt Mohamed 
-       
  Zaliha bt Jusoh 
-       
  Rokiah bt Daud 
-       
  Mazlan b Abidin 
Dibantu oleh pelajar praktikal: 
-       
  Aini 
-       
  Akmal 
-       
  Shafiq 
 | 
 
| 
   
OBJEKTIF 
 | 
  
  
  | 
 
| 
   
AKTIVITI 
 | 
  
   
1.      
  Booth pameran oleh PEWANIS. 
2.      
  Kuiz – menjawab soalan
  tentang PEWANIS dan plastik. 
3.      
  Ziarah gerai ke gerai
  mempromosikan beg kain PEWANIS. 
4.      
  Menggunakan beg kain PEWANIS
  semasa membeli barang-barang di pasar. 
 | 
 
| 
   
KOMEN PEWANIS 
 | 
  
   
·        
  PEWANIS membuat pameran
  kepada orang ramai didalam usaha menyebarkan kewujudan PEWANIS kepada umum
  terutamanya di bahagian DUN Langkap. 
·        
  Disebabkan pengunjung tidak
  ramai, PEWANIS hanya berjaya menjual 4 paket kerepek pisang sahaja. 
·        
  Meluaskan perniagaan PEWANIS
  berkenaan pakej perlancongan berteraskan pemuliharaan alam semulajadi kepada potential customers.  
 | 
 
| 
   
POST MORTEM 
 | 
  
   
·        
  Pengunjung Pasar Pagi Kg
  Rahmat kurang, berkemungkinan di atas faktor-faktor berikut: 
·        
  Pasar kecil 
·        
  Pertengahan bulan 
·        
  Tapak booth PEWANIS tidak
  strategik 
·        
  Mendapat kunjungan dari Team
  Happy, membuat cadangan hantar kertas kerja kepada mereka untuk mendapat
  peruntukan atau membuat kerjasama dengan PEWANIS. 
 | 
 
Monday, March 5, 2012
Lawatan dari Sekolah Antarabangsa Fairview
| 
   
LAPORAN LAWATAN DARI SEKOLAH ANTARABANGSA FAIRVIEW 
 | 
 ||
| 
   
TARIKH 
 | 
  
   
1 Mac 2012 – 2 Mac
  2012 
 | 
 |
| 
   
TEMPAT 
 | 
  
   
Sekitar daerah Setiu
  dan Besut 
 | 
 |
| 
   
PESERTA 
 | 
  
   
134 pelawat : 122
  orang pelajar dan 12 orang guru 
 | 
 |
| 
   
AKTIVITI 
 | 
 ||
| 
   
Tarikh 
 | 
  
   
Kumpulan A 
Ketua : Cikgu Suntharan Muniandy 
 | 
  
   
Kumpulan B 
Ketua : Cikgu Kavita 
 | 
 
| 
   
1 Mac 2012 
 | 
  
   
MENANAM BAKAU 
·      Program menanam bermula pada pukul 8.00 pagi walaupun hujan
  gerimis. Sungai pun surut elok untuk menanam. 
·      Pertama sekali, PEWANIS menerangkan kepentingan-kepentingan hutan
  paya bakau kepada para pelajar dan guru. 
·      Selepas itu, PEWANIS membuat demo menanam bakau. 
·      Mereka berjaya menanam 70 pokok bakau dalam masa 1 jam. 
MEMBUAT KEREPEK
  PISANG 
·      Selepas menanam, mereka menuju ke Rumah Pink untuk membuat kerepek
  pisang secara tradisional sambil dibantu oleh PEWANIS. 
·      Mereka telah membuat demo kerepek pisang secara tradisional dengan
  5 proses mudah iaitu kupas, sagat, celup, goreng dan bungkus. 
·      Sebanyak 20kg pisang mentah berjaya dibuat, setelah siap hasilnya,
  mereka makan beramai-ramai.  
MEMBUAT HATCHERI 
·      12 orang pelajar dipilih untuk membantu mendirikan hatcheri penyu
  di belakang Penarik Inn. 
·      Kumpulan A hanya mendirikan tiang hatcheri manakala bagi memasang
  net pula diserahkan kepada Kumpulan B untuk esok hari. 
MEMBERSIHKAN PANTAI 
·      Sementara itu pelajar lain membersihkan pantai di sekitar kawasan
  hatcheri penyu.  
·      Mereka berjaya mengumpul sampah sarap seperti botol plastik,
  plastik pembungkus makanan dan lain-lain. 
MEMBUAT WAU 
·      Selepas makan tengahari , mereka menyambung aktiviti dengan
  membuat wau. Abg Lan membahagikan kumpulan itu kepada 6 kumpulan kecil. 
·      Ini memudahkan proses tunjuk ajar untuk membuat wau. 
·      Kebetulan hujan lebat, mereka tidak sempat menerbangkan wau-wau
  tersebut. Maka ia akan disambung keesokkan hari.  
 | 
  
   
JUNGLE TREKKING 
·      Seawal pukul 8 pagi Kump. B bertolak dari G Rimbun Resort  ke La Hot Springs, Ulu Besut dan sampai di
  sana lebih kurang pukul 9.30pagi. 
·      Setibanya di sana, mereka diberi taklimat oleh ketua nature guide La Hot Springs iaitu Pak
  Din yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang nature guide ini. 
·      Sebelum memulakan jungle trekking, mereka diperkenalkan kepada 5
  orang guides semasa masuk hutan
  bagi membantu di dalam perjalanan dan penunjuk arah. 
·      Kira-kira pukul 10.00pagi mereka memulakan jungle trekking. Check point (CP) pertama ialah Misteri
  Sungai Hilang, untuk sampai ke sana, peserta memanjat dan menuruni dua bukit.
  Pihak pengurusan hutan telah menyediakan tali untuk memudahkan aktiviti. 
·      Setelah sampai di CP 1,
  nature guide menerangkan ia sebenarnya sebuah sungai yang mengalir dari
  puncak sehingga mengalir ke sungai tetapi di tengah-tengah ia hilang. Teori
  yang dinyatakan nature guide
  kemungkinan ia mengalir dibawah tanah melalui celah-celah batuan. 
·      CP ke 2 ialah Gua Bahtera. Jarak perjalanan antara CP 1 ke CP 2
  ialah 1.5km dan mengambil masa dalam 30 minit. Gua Bahtera mendapat nama
  daripada bentuk fizikal gua tersebut iaitu batuan yang berbentuk kepala
  kapal. 
·      Selepas berehat seketika di situ, mereka terus dibawa ke CP 3
  iaitu Batu Katak. Nama itu diambil dengan sempena bentuk batuan yang
  berbentuk seperti seekor katak. CP Batu Katak adalah CP yang terakhir bagi jungle trekking untuk kumpulan ini. 
·      Seterusnya mereka dibawa turun semula ke CP permulaan. Semasa
  turun, mereka kena merentas sungai, meniti di atas batuan dan memanjat
  tebing. Perjalanan pulang mengambil masa 1 jam setengah. 
·      Aktiviti terakhir sebelum pulang ialah mandi di kolam air panas
  dan menikmati makanan tengahari yang dibekalkan. Ia berakhir pada pukul 4.30
  petang. 
 | 
 
| 
   
2 Mac 2012 
# proses sama dengan
  kumpulan terdahulu. 
 | 
  
   
JUNGLE TREKKING 
·      Jungle trekking kali ini disertai 62 orang daripada Kumpulan B
  yang diketuai oleh Kavita. 
·      Laluan untuk jungle trekking dipendekkan kepada 2 checkpoints sahaja bagi mengelakkan
  hujan. 
 | 
  
   
MENANAM BAKAU 
·      Menanam 65 pokok bakau. 
MEMBUAT KEREPEK
  PISANG 
·      20 kg pisang mentah berjaya dibuat kerepek pisang. 
MEMBUAT HATCHERI 
·      Memasang dan menjahit net 
MEMBERSIHKAN PANTAI 
·      Membersih pantai sekitar kawasan pendaratan penyu. 
MEMBUAT WAU 
·      Siap membuat 12 biji wau barat dan berjaya terbangkan ke udara. 
 | 
 
| 
   
KOMEN PEWANIS 
 | 
  
   
·      Bantuan dari suami-suami PEWANIS diperlukan bagi menyambut
  kedatangan pelawat yang melebihi 60 orang 
·      Layanan mesra perlu dipamerkan 
·      Selepas selesai sesuatu program perlu membuat post mortem bagi
  membincangkan isu-isu yang berbangkit. 
·      Khidmat pelanggan dipertingkatkan. 
 | 
 |
Subscribe to:
Comments (Atom)