LAWATAN IKIM.fm DAN DUA KUMPULAN
WWF-MALAYSIA
|
|
TARIKH
|
28 APRIL 2012
|
TEMPAT
|
KAWASAN PENANAMAN POKOK BAKAU, KUALA BARU DAN PINK HOUSE, HATCHERY
PENYU, PENARIK INN.
|
PESERTA
|
5 PESERTA IKIM.fm
1. ENCIK BAKAR, IKIM.fm
2. ENCIK MUHAMAD ISMAIL, IKIM.fm
3. ENCIK MOHD YUSOF, IKIM.fm
4. PUAN AZI, IKIM.fm
5. PUAN ZAWIAH, IKIM.fm
6 PESERTA WWF
1. RIVER FOO
2. FAHROL LIZA JAAFAR
3. UMI RAHMAN
4. REJANI
5. ANEM OTHMAN
6. FONG
FRESHWATER TEAM
- CIK SITI FATIMAH BT MOHD ARIPIN dan 4 0rang SCM Production
|
PENGIRING
|
PEWANIS, SUAMI PEWANIS SERTA ANAK-ANAK PEWANIS
|
AKTIVITI
|
Penanaman Bakau di kuala Baru pada pukul 7.30 am
hingga 9.30 am.
- Sarapan pagi di kuala baru setelah selesai pembentangan daripada
wakil PEWANIS tentang kepentingan hutan paya bakau kepada peserta.
- Mereka memulakan aktiviti menanam pada pukul 8.15 pagi sambil
dibantu oleh ahli PEWANIS.
- Mereka berjaya menanam 10 pokok di tapak percubaan di Kuala Baru.
- Aktiviti tersebut
berakhir pada pukul 9.30 pagi.
- Pewanis telah
ditemuramah oleh Team Freshwater berkisarkan tentang penubuhan PEWANIS dan
aktiviti yang telah dilakukan sejak penubuhan PEWANIS.
Demo kerepek pisang dan
membuat Wau di Pink House pada pukul 10.00 am hingga 2.00 pm.
- Semua peserta dijemput
ke Rumah Pink untuk sesi demo kerepek.
- PEWANIS berkongsi
pengalaman bersama peserta sebelum memulakan acara demo kerepek, disamping
itu juga pelawat juga sempat memenuhi guest book PEWANIS.
- Peserta teruja melakukan
kupas kulit pisang, menyagat pisang dan menggoreng kerepek pisang bersama
PEWANIS.
- Peserta dijamu dengan
kerepek pisang yang telah dihasilkannya sendiri bersama air kelapa.
- Peserta teruskan
aktiviti membuat wau dan hasilnya semua wau berjaya diterbangkan dengan
bantuan Encik Mazlan Abidin serta dua orang pembantu iaitu adik Muhammad
Shaqiram Shazwan dan adik Mohamad Nor Asyraf.
- Pada pukul 2.00 petang
peserta dijemput untuk Makan
tengahari, kelewatan disebabkan teruja membuat Wau.
- Aktiviti berakhir pada
pukul 3.30 petang setelah semua Wau berjaya diterbangkan.
Lawatan ke Hatceri Penyu di Penarik Inn pada
pukul 6.00 pm -7.30 pm.
- Penyertaan oleh peserta
IKIM.fm, WWF Malaysia, PEWANIS dan keluarga, serta penduduk Kampung Mangkok.
- Penerangan oleh Cik
Nurul berkaitan kepentingan Penyu dan Tuntung kepada kehidupan kita serta
kepentingan Hatceri Penyu.
- Sesi soal jawab
dilakukan untuk tambahkan lagi pengetahuan tentang penyu dan tungtung.
Jamuan Makan anjuran IKIM.fm kepada peserta yang
hadir di Penarik Inn pukul 7.30 pm hingga 8.00 pm
- Penyertaan yang hadir ke
Hatceri Penyu merupakan AJK PEWANIS serta penduduk Kampung Mangkok.
- PEWANIS balik buat
seketika untuk sembahyang maghrib dan kembali ke Dewan Penarik Inn untuk
mendengar berkaitan Kesedaran Kepentingan Alam Sekitar.
Ceramah Sayangi Alam Sekitar oleh IKIM.fm di
Dewan Penarik Inn pukul 8.30pm hingga 9.30pm
- Encik Bakar selaku
penceramah telah memberikan kesedaran tentang alam semulajadi yang amat
bernilai di muka bumi ini.
- Puan azi juga begitu
semangat dalam menitikberatkan kepentingan kebersihan alam sekitar supaya
jenerasi akan datang dapat mengenali khazanah laut yang cukup istimewa iaitu
penyu.
- Selain itu juga pihak
dari IKIM.fm telah memberikan sedikit hadiah kepada pengunjung yang hadir
sebagai tanda ingatan.
|
KOMEN
|
-Penyertaan PEWANIS pada
semua aktiviti yang dilakukan oleh peserta.
-Peserta semua teruja
aktiviti membuat wau dan puas hati melihat semua wau dapat terbang diudara.
- Ceramah Alam Sekitar
perlu sentiasa diadakan supaya perkara ini dapat dikekalkan dan diamalkan oleh
penduduk kampung.
- Penyertaan dari
Jawatankuasa kampung perlu dimaklumkan untuk penglibatan bersama.
|
Penanaman Semula Bakau.
Kerepek Pisang Panas!!
Membuat Wau.
Tempat Penetasan Penyu.
PEWANIS menghadiri ceramah
Staff WWF-Malaysia
Bertempat di Penarik Inn.
Terima Kasih IKIM.fm
No comments:
Post a Comment