Bertarikh 2 Jan 2014, perjumpaan kali pertama telah diadakan di Pink House, Kampung Mangkok dan telah dihadiri oleh penasihat teknikal Pewanis iaitu dari WWF-Malaysia. Kehadiran ahli sangat memuaskan hati. Pelbagai topik dan strategi telah dibincangkan bersama dan berharap agar tahun 2014 akan memberi sinar baru kepada Pewanis.
PERSATUAN WANITA KAMPUNG MANGKOK SETIU
PEWANIS : Kami Nadi Setiu
Sunday, April 6, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Aktiviti Sepanjang Tahun 2013 Yang Telah Meninggalkan Kenangan Manis Untuk PEWANIS - Bahagian 1
Siri Roadshow yang terakhir untuk tahun 2013 yang telah berlangsung di Pasa Pagi Kampung Buluh @ Permaisuri. Kehadiran yang amat memuaskan dari ahli PEWANIS. |
PEWANIS telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan telah membawa bersama anak dan keluarga. Kesemua mereka telah menginap di ISMAH Beach Resort, Pengkalan Balak. Lawatan telah berlansung selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengunjungi Hawksbill Eco-Club di Melaka dan belajar serba sedikit mengenai aktiviti kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh mereka di sana. Pewanis juga berpeluang untuk melawat Melaka Bandaraya Bersejarah dan juga ke Zoo Melaka untuk menghiburkan hati anak-anak Pewanis yang telah ikut serta. |
Sesi pembentangan telah dijalankan di rumah aktiviti HEC di Pengkalan Balak, sedikit sebanyak membantu ahli PEWANIS dari pelbagai segi. Pihak Pewanis telah berjaya mempelajari cara untuk menghasilkan kraftangan dan jutaan terima kasih kepada pihak HEC kerana telah menerima kedatangan Pewanis. |
![]() |
Proses penyemaian anak benih di tapak nurseri PEWANI di Kuala Baru |
Barisan penggerak PEWANIS. Semoga PEWANIS akan terus bersemangat dalam menempuhi ranjau 2014 yang mendatang. |
Monday, July 15, 2013
MH Bikers
Pada 28 Jun 2013, satu kumpulan bermotosikal berkuasa tinggi seramai 46 orang iaitu MH Bikers telah berkunjung ke Pink House. Mereka telah bertolak pada awal pagi dan telah sampai pada pukul ke Setiu pada jam 12.30 tengahari. Selesai sahaja mendaftar masuk di Pandan Laut Beach Resort dan Nelayan Resort di Penarek, mereka bertolak ke Pink House untuk menikmati makan tengah ala kampung. kedatangan mereke telah disambut oleh ahli Pewanis yang telah lama menunggu mereka sambil membuat kerepek pisang. Selesai sahaja menjamu selera, pihak MH Bikers meneruskan aktiviti dengan membuat wau bulan dan telah mengambil peluang untuk menerbangkannya ke udara. Alhamdulillah kebanyakan wau berjaya diterbangkan.
Aktiviti menanam bakau diteruskan dan sebanyak 30 anak pokok bakau telah berjaya ditanam di tapak penanaman bakau Pewanis. Aktiviti pada petang itu telah disertai oleh peserta Orion Scout dan murid sekolah SK Mangkok dan SK Penarek. Air sungai agak surut pada waktu petang, jadi aktiviti penanaman dapat diteruskan tanpa sebarang masalah. Aktivti selesai pada jam 530 petang dan MH Bikers telah bertolak pulang ke tempat penginapan.
Friday, July 5, 2013
Orion Scout IV 2013 - Rovering with Turtles
Pada 23 Jun 2013, Pengakap Orion telah kembali buat kali yang keempat ke Kampung Mangkok untuk menjalankan aktivti sukarelawan bersama masyarakat tempatan. Kali ini, seramai 5 orang pengakap telah datang dan menginap di Pink House bermula 23 Jun sehingga 3 Julai 2013. Antara pengakap yang kembali pada kali ini ialah Sijie manakala Din, Wei Yung, Kelvin dan Benjamin adalah kali pertama datang ke Terengganu.
Banyak aktiviti yang telah dilakukan ketika berada di sini. Antaranya ialah mengecat Pink House, rumah Kak Ta dan rumah Kak Nor, membaikpulih dan mencantikkan warung tepi jalan, menanam semula bakau bersama murid sekolah, mencari dan menyemai anak benih bakau, membuat wau, membuat kerepek pisang, rondaan pantai, penggalian sarang telur penyu dan pelepasan anak penyu, menyiapkan tandas, menyertai roadshow bersama PEWANIS, cat mural di SK Mangkok dan juga pelbagai aktiviti lain.
Untuk cerita yang lebih lanjut mengenai projek pada kali ini boleh klik disini.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang dijalankan bersama PEWANIS di Setiu.
Membuat kerepek pisang : Wei Yung sedang tekun menghiris pisang menjadi hirisan nipis sebelum digoreng |
Menyapu cat alas pada dinding rumah aktiviti PEWANIS |
Panas terik! |
Menanam bakau di Kuala Baru bersama murid sekolah |
Din sedang menanam anak pokok bakau |
KakNa dan Sijie bersama hasil pencarian mereka : Lokan |
Meriah! |
BBQ dinner at SK Mangkok |
Thursday, July 4, 2013
Nestle (Malaysia) Berhad
Bertarikh 21 Jun 2013, satu rombongan daripada penaja PEWANIS iaitu Nestle (M) Bhd telah datang melawat Pink House. Aktiviti bermula pada jam 10.30 malam, pihak PEWANIS telah menyediakan satu taklimat mengenai perkembangan terbaru dan juga perancangan untuk tahun mendatang. Pengerusi juga telah memperkenalkan ahli baru seramai 5 orang.
Selesai sahaja aktiviti di Pink House, mereka telah bertolak ke Pantai Telaga Papan untuk melakukan rondaan pantai untuk melihat penyu yang naik bertelur. Namun nasib tidak menyebelahi pihak Nestle pada malam itu kerana tiada pendaratan penyu pada waktu berkenaan. Dalam pukul 1.00 pagi, kesemua mereka pulang ke hotel untuk rehat.
22 Jun 2013
22 Jun 2013
Keesokan hari, seawal jam 8.30 pagi, rombongan daripada Nestle Reaching Out to Community and Kids Employee Volunteer Programme (ROCKers) dari East Coast telah sampai ke Kuala Baru untuk aktiviti penanaman bakau. Sebanyak 62 pokok anak bakau telah ditanam pada hari tersebut. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan aktiviti membuat wau bulan dan juga melihat beruk memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan kelapa muda. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengahari sesudah makan tengahari.
Pewanis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Nestle (M) Bhd datang menjenguk dan melakukan aktiviti bersama PEWANIS. Semoga Nestle akan terus menjadi penaja bagi Persatuan Wanita Kampung Mangkok Setiu pada masa akan datang.
Aktiviti penanaman bermula |
Subscribe to:
Posts (Atom)